Monday, September 27, 2010

TUGASAN SEORANG KAKAK YANG SEDANG BERCUTI SEMESTER~!!!

CUTI SEMESTER 1 2010/2011 SUDAH BERMULA...
PENGEMBARAAN YANG MEMBAWA SEORANG MANUSIA
SAMA ADA KEPADA YANG LEBIH BAIK ATAU LEBIH BURUK...
CUTI, CUTI JUGAK...

AKU ADA TANGGUNGJAWAB BESAR!!!
FIRST, SEBAGAI ANAK SULUNG KENA BANTU MAMA DAN ABAH
( bleh katekan jadi bibik di rumah )

SECOND, SEBAGAI PELAJAR, AKU KENA PREPARE 4 MUET
SPEAKING TEST ON
MONDAY 
18th OCTOBER 2010
7.30AM
AT CFS IIUM PJ

TUGASAN YANG PERLU AKU LAKSANAKAN DI RUMAH:
1.kemas rumah
2. menyapu
3. kemas dapur
4.basuh pinggan
5.memasak
6.lipat baju and angkat baju
7.kemas almari adik-adik
8.gosok baju
9.tolong siapkan kerja sekolah adik-adik
( bertuah adik-adik ku, ada ALONG yang buatkan kerja sekolah!!! )




Alhamdulillah, aku dilahirkan dalam 
keluarga yang sederhana, tetapi yang penting bahagia.
Aku gembira sekali...

INI KEMBALI KEPADA KEIKHLASAN KITA...
ADAKAH AKU IKHLAS?

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab
1.      Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan Allah, tetapi tidak ikhlas.
2.      Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau sebagainya.
3.      Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sohabiat yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentias merasuk diri anda supaya mengkianati Allah ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:


Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.




Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, September 17, 2010

RINDU SAAT BERSAMA DENGAN KALIAN~!!!


saat indah bersama kalian takkan kulupakan
sampai bila2...
saat indah bersama
gelak tawa riang bersama
seronok dapat jumpa kalian...
OCTAVO DI HATIKU~!!!


BERDIRI DARI KIRI: PKA, BHATI, SALSABILA DAN SUMAIYAH
DUDUK DARI KIRI: NURUL AIN, AIN FATIHAH, YANA DAN QILAH


KAT ESCALATOR PUN KAMI SEMPAT BERGAMBAR...


THANKS PKA DAN BHATI SEBAB BELANJA KAMI 
MAKANAN DAN MINUMAN YANG SANGAT SEDAP...
NYUM..NYUM..NYUM...

Tinta-tinta indah dari sahabat-sahabatku:

Salam kepada geng octavo tenkiu krn hadir hari ini. Tenkiu kpd bhah yg blanja air, pka utk nasi dan gelang and sal utk penanda buku dan both ain, mayah dan qilah.
-liana-

Slm. Jazakillah khairan katsira 4 dak2 octavo sume. Tq 4 evrytin n i’ll miss all d moment we hd together. Whatever we do, whereve we go…juz remember, kte ‘DUTA MAAHAD’ AND ‘DUTA ISLAM’ DAN ‘DUTA OCTAVO’.
-nurul ain-

Thanks to all sbb hari nie best gilew!!!x leh baying!! Hehe..rse x nk blk kmpus..huhu..sory laud a clap dan slh..frens 4 eva and luv u all!! InsyaAllah until the end we will still stand together!!with lots of love~sue octavo

Salam.. same la jga pka. Rasa seronok tersgt2 hngga tak terkata. X sdr masa berlalu dgn cpt. Ni wat pka xnak blik mesir. Huhu. Thankskrn sudi kuar. Mintak maaf bnyak2 kalu da clap dan slh. Smoga ni akn jd acara tahunan bg octavo. Thanks tuk qlah n yana yg smpt merncg aktiviti and skali lg thanks tuk sume octavo. PEACE NO WAR.
-pka-

My beloved octavo, thx 4 today. Pka+bha, thx blanje.(lau tw awl2 awk nak blnje, sy order yg lg mhal. Hahahaha.gurau je…len kali blnje lgk ye. Hikhikhik). Yana, smpn molep hdiah yg sy bg. Moga diriki selalu dihatimu. Cewah!!haha. Sal, loya burukmu sentiasa ku ingati. Hiks. Aien, bce titas. Ingt, mggu dpn exm. Wee. Qilah, ingt sy sokmo. Hehe. Sue, sy gi beli sandal td. Hoho. POLO idamanku xde saiz. Bli brand lain. Sdey2.
Ikhlas dr tlefon ke hati;dak ain DUTA KIMIA OCTAVO

Salam geng, bkk nset, 10 unread msg.huhu. terima kasih semua!!! Happy sgt2. taun2 dpn bley buat lg, insyaAllah. Jangan lupa moment hari ini walau hari esok dtg menyapa. Syg kalian sgt2.
-salsabila-

Salam kawan2. terima kasih sbb dpt luangkan masa bersama. Thankz to pka and bha sbb blanja mkn kat kb mall. Rindu kalian suma~!!!miss all of you!!!
-aqilah-

having a wonderful dating -bhati- 


MISS ALL OF YOU~!!!!
FROM ME, aQiLah
http://octavo91.blogspot.com/



Monday, September 6, 2010

AZAN~!!!

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT.

Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan
'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang
beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak
dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat
mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A. :

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia...

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...