Friday, July 5, 2013

Last friday in Sya'ban...

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kalian berada dalam nikmat iman dan Islam.
"Kak wani, qilah pinjam laptop, nak update blog jap". Alhamdulillah, selesai untuk kelas di minggu kedua di sem 3 2012/2013. Habis kelas, beli makanan dan online sekejap untuk mengetahui apa yang berlaku di Malaysia dan negara luar. Susah betul xde internet, memang ketinggalan atau seperti katak di bawah tempurung. laptop sendiri tak leh connect dengan wifi UIA, so pinjam laptop orang laa jawabnya. Hari ini Jumaat yang terakhir di bulan Sya'ban sebelum menutup tirainya. Salah Jumaat dan jumuah mubarakah.


"Dah habis baca surah Al-Kahfi?" Kalau belum jangan lupa habiskan. Banyakkan berselawat dan berdoa. Kembali kepada isu Dr Morsi, Allah Allah, menitis air mata melihat video Dr Morsi. Sangat sedih! Peritnya perjuangan, sering kali ku ingatkan pada diri, bahawasanya jalan perjuangan yang kita pilih ini sukar, payah dan penuh onak duri di awalnya, tetapi ingatlah satu hari nanti pasti ada kemanisan di hujungnya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung" (Ali-Imran :200)Allah Allah, moga Allah beri kekuatan, kekuatan dan kekuatan untuk seluruh umat Islam. Teruskan berdoa untuk saudara Islam kita di sana.
Apabila melihat wajah Dr. Morsi, hati menjadi sebak. Walaupun tiada hubungan darah dengan beliau atau mana-mana rakyat Mesir, tautan ukhuwah dan sedih bersatu. Indahnya ukhuwah Islam. Ukhuwah ini mendekatkan yang jauh, merapatkan yang dekat. Sakit mereka, sakitlah kita. Itulah silaturrahim. Doa kita adalah untuk kemenangan Islam di muka bumi ini.
Pray for Egypt, pray for Islam. 

Allah Allah, speechless bila terbaca sajak yang ditulis oleh isteri Dr Morsi, Dr Najlaa berkaitan suaminya...

Di hari-hari yang penuh dengan ujian,

tatkala aku masuk ke dalam bilik,
kelihatan beliau sentiasa sujud memohon pertolongan kepada Allah 
dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya.. 
Apabila dia nak tidur, tangisan itu kedengaran 
walaupun beliau berada di atas katilnya
sehingga basahnya umpama mandi.. 
Demi Allah wahai Dr Morsi, 
nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu 
terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripadaNya 
disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih.. 
Maralah wahai Sang Presiden, 
Demi Allah jika Dia menggoncangkan sungai Nil dan Laut..
nescaya digoncangkan mereka bersama mu..

Sungguh menyentuh hati, Allah Allah. 
Kemenangan Islam itu dalam doaku duhai sahabat..
Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Antara lain, rintihan Dr Morsi yang dishare di facebook:

RINTIHAN DR MORSI

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,

Keberadaaanku adalah kerana ALLAH mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,

Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan,
Itulah islam bagiku, Kaffah, menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?

Orang-orang miskin di tepi jalan,
Semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada TUHAN yang akan menilai tingkah laku kita,

Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,

Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,

Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,

Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan ALLAH Yang Satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana DIA bersikap tidak pernah meninggalkan Hamba-NYA,
Maka aku hanya berpegang dengan Tali-NYA,

Allahumma, bantulah aku Ya ALLAH, kerana aku membawa Agama-MU,
Allahumma, sentiasalah bersama- samaku ALLAH, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup Kekuatan-MU Ya ALLAH,

Maka aku merasa KAU mencukupi untukku.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!



bila tangan menulis: Stop here. Need to wash my clothes, mesin rosak, kena basuh tangan, ala kesiannya! Semalam keluar shopping, bukan shopping sgt pun, tapi keluar cari sandal. Pusing satu mega cari kasut, alahai, xde yang murah! Akhirnya kasut jugak yang kubeli. Dan semalam juga, ke kedai buku Popular, sekarang popular tgh buat promosi, so walaupun bukan ahli dapat 10%, so bila duit dalam tangan, aku membeli buku Di Mana DIA di hatiku, karya ustaz Pahrol Mohd Juoi. Buku nie dah pernah beli dulu tapi entah siapa dan di mana buku itu berada, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli baru. Ini adalah buku kesayanganku, tak kesah abes duit semata-mata untuk dapatkan buku ini. 
Teringat pesanan dari seorang kakak: sekarang bukan masa untuk merenung nasib kita, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya, penuhkan ilmu di dada, fikirkan apa yang kita ingin sumbang pada umat Islam. Hidup kita untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan hanya menerima.

Technique in Audiology, here I am... 

Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi! keep moving forward 

Teringat kata-kata: Live your life as you did in Ramadhan. And your death will be like eid. 

Banyakkan berdoa. Allahumma bariklana fi sya'ban wa ballighna ramadhan. 

Ahlan Ramadhan.



ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
edited at 3.30pm
5th July 2013




Tuesday, July 2, 2013

Counting days for Ramadhan...

Jam menunjukkan pukul 2.58pm, hujan sudah reda, matahari pun mula memancarkan sinar. Short semester aka semester 3 2012/2013 sudah bermula. Maka bermulalah perjuanganku di UIA Kuantan Campus. Esok ada quiz tp sempat lagik update blog. Adeh! Sunyi sepi UIA almaklumlah yang lain sedang seronok menikmati cuti 3 bulan, jeles. Dan sekarang saya HOMESICK T_T.

Nak update blog pun kena pinjam laptop kawan, tq Shera sbb bg orang di sini update blog. Hehe. Laptop sendiri x dpt nak connect dgn wifi UIA, so kena laa pinjam laptop org tuk on9. Kelas waktu short sem tidaklah memenatkan buat setakat ini, tp kena study terus lepas kelas, almaklumlah, exam pun dah dekat. Ada hikmah jugak laptop xdpt connect dgn wifi, boleh laa tumpu study, ahahaha ._.

Syaaban bakal menutup tirai, Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. 
Counting days for Ramadhan...

Bila dengar lagu Maher Zain, Ramadan, terus jatuh cinta. Ulang banyak kali pun tak boring. 
Sungguh menuntun jiwa.
Ahlan wasahlan Ramadhan.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu. 
I wish to meet you Ramadhan...


You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus
I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan!

Allahumma bariklana fi Sya'aban, wa balighna Ramadhan. Balighna Ya Rabb!

bila tangan menulis: I'll stop here. Esok quiz, need to revise and study. Doakan saya semoga semuanya berjalan lancar. Bacaan buku Nasihat Ramadan dari orang-orang soleh belum abes lagik. Sila habiskan! Acoustics Reflex, here I am...


Ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
2.58pm
2/7/2013

Thursday, June 20, 2013

IIUM Kuantan, here I come...

IIUM Kuantan Campus, here I come...
(errr, tak datang lagik tapi InsyaAllah, akan meneruskan perjalanan menuntut ilmu untuk semester 3 2012/2013 - officially start next week)
Sedih untuk meninggalkan family, adik-adik tapi apakan daya perjuangan menuntut ilmu perlu aku teruskan hingga ke akhirnya. Walau tersadung jatuh, akan kucuba bangkit meneruskan perjalanan hidup ini. Biarlah apa orang nak kata, yang penting aku redah jalan yang kulalui. Kepada Allah aku berserah.

Haruskah kita terus menyesali kegagalan yang telah kita buat? Berhenti berjalan kerana sebuah kegagalan?
Untuk apa kita masih berdiam diri sedangkan masa terus berputar tanpa henti. Sedarkah kita???
Mulailah merangkak, berjalan walaupun perlahan. Kegagalan bukanlah jalan buntu, bukan juga jalan sempit,
Tapi ia merupakan jalan menuju kejayaan. Pilihan di tangan kita sama ada bangkit dan berjalan ke arah kejayaan atau menyesali diri terus-menerus menuju arah kegagalan. 

Tersenyumlah dan katakan "AKU BANGKIT!!!"
pandang ke hadapan demi masa depan yang lebih cerah dan lebih baik. 

Optimislah dalam berusaha
Orang yang berjaya dalam hidup memulakan usaha dengan rasa optimis, semangat berdikari dan berserah kepada Allah. Dia yakin usahanya yang baik tidak akan disia-siakan Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud : 
"...Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
 -Surah At-Taubah Ayat 120



It’s all about mind. Think +ve, act +ve, insya Allah the result is +ve. Allah mengikut sangkaan hambaNyaSentiasa besangka baik dengan Allah kerana Allah Maha Penyayang dan tidak pernah menzalimi hambaNya melainkan kita sendiri yang zalimi diri sendiri.
Teruslah bersangka baik denganNya.

Teringat akan tazkirah atau pesanan dari sahabatku, Najah. Dia menghadiahkan aku sepotong ayat cinta dari Al-Quran. Ketika itu terus aku berfikir, semuanya sudah termaktub dan tertulis dalam takdirNya. Berjaya, gagal, sedih, gembira, musibah, rezeki, jodoh dan ajal, semuanya sudah tercatat di luh mahfuz Allah. Apa yang penting, kita sebagai hamba Allah haruslah terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dan doa berterusan agar Allah memberikan yang terbaik untuk kehidupan kita. 


"Dan kunci semua yg ghaib ada padaNya. Tiada yg tahu selain Dia. Dia tahu apa yg ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yg tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yg basah atau kering, yg tidak tertulis dlm kitab yg nyata Luh Mahfuz"
- Al-An'am: ayat 59. 


"Allah did not promise that life would be easy, but He did promise to always be beside you, in every step of your life"
Moga Allah bagi kekuatan untuk menuntut ilmu, moga dengannya dipermudahkan jalan ke syurga :)

Peringatan buat diri:

Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. 
Aku minta kupu-kupu, DIA beri aku ulat berbulu…
 Aku sedih dan kecewa. 
Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah dan ulat berbulu itu menjadi kupu-kupu yang cantik…

 Itulah kejadian Allah, indah pada masanya…



 Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA memberi apa yang kita perlukan…
 Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka…

 Tapi jauh di atas segala-galanya, DIA sedang menghantar yang terbaik dalam kehidupan kita..



 Ingatlah…
 Bila Allah cepat makbulkan doamu…

 Maka Allah menyayangimu..

 Bila doamu lambat dimakbulkan…

 Maka tandanya Allah mahu mengujimu..

 Dan apabila doamu tidak dimakbulkan…

 Tanda Allah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu….

 Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya…


 “Ya Allah, padaMu aku meminta, padaMu aku berserah dan kepadaMu aku kembali….”


Don't lose hope, you never know what tomorrow may bring.

Back to my post, insyaAllah, I will back to Kuantan maybe on Saturday or Sunday (tak balik lagik pun!)
Pasakkan azam, teguhkan diri dan pasang niat belajar kerana Allah. Moga ada hikmah di sebaliknya. Allah Allah. Ya Allah, make me strong...

Doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah menjelang Ramadhan:

“Allahumma Ballighna Ramadhan”

الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!

Bila tangan menulis: Alhamdulillah atas nikmat yang telah Engkau berikan. Tiada ucapan lain yang bisa aku katakan, terjemahkan erti syukur! Alhamdulillah. Senang hati, akhirnya aku dpt buat banner blog, punyalah lama pikir mcm mane laa blog org lain buat, akhirnya, syeikh google membantu, ahaha :D Maka terhasillah blog banner ku. Stop here. Jumuah mubarakah, jangan lupa baca surah Al-Kahfi dan banyakkan berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Banyakkan membaca qunut nazilah. Ya Allah, selamatkan umat Islam dan negara Syria dr cekaman kezaliman.


ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
11.00pm
20.6.2013

Sunday, June 16, 2013

cuti yang berbaki~

Setelah sekian lama, blog ini terupdate juga. Cuti sem 2 2012/2013 sudah lama bermula (sudah dalam seminggu, mungkin). Tik tok tik tok, nak masuk Tahun 3 bulan 9 nie. Perasaan??berdebar, gembira, suka, sedih dan sebagainya. Perasaan bercampur baur, serius, I'm speechless. Ada apa dengan Tahun 3??? Tahun 3 adalah clinical year, mengapply semua ilmu yg dipelajari sewaktu tahun 1 dan tahun 2. Rasa baru semalam sahaja aku berada di Tahun 1 (diri makin tua, hahaha)

Jealous dengan kawan-kawan yang sedang bekerja, almaklumlah cuti UIA, 3 bulan, untunglah. Aku macam biasa, cutiku kali ini adalah untuk berbakti untuk abah, mama dan adik-adik. Waktu inilah yang dapat tolong mereka, walaupun tak dapat balas jasa mereka, tapi sekurang-kurangnya aku dapat meringankan beban mereka. What I can say that: SAYA BIBIK TERHORMAT (haha, bibik dpt gelaran jgk eh???asal aku gembira, no prob!)

InsyaAllah tahun ini, aku ambil short sem, tak seperti kawan-kawan yang lain, almaklumlah ada satu subjek lgk yg masih belum kuambil. Tak silap minggu depan bermula short sem, serius perasaan bercampur baur, tapi apakan daya, aku harus laluinya. Teringat kata-kata yang dikongsi oleh Yasmin Mogahed:

"He wants to make you tired of everything, so that you may not be distracted from Him by anything."
--ibn `Ata'illah as-Sikandari (RA)

This reminds of the fact that Allah wants us to rely on Him totally and at all times. Submitting completely to Him by fully depending on Him and remembering Him for any task we do at any moment.
Ihfazillah yahfazka.
Jagalah Allah maka Allah akan menjaga kamu.

Short semester, I'm waiting you!
Redah sahaja, sesungguhnya Allah Ya Baari', Engkau Maha Mengatur agenda, jadikan daku abdiMu yang sejati. 
Serahkan segalanya pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui.
Biarlah mereka dengan perkara mereka, aku perlu meneruskan perjuanganku. 

 "Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan permudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga"

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقاً يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طِرِيقاً إِلَى الْجَنَّة


People around us
Mereka adalah warna-warna yang mencorakkan kertas kehidupan kita.
Bersyukurlah.
HabluminAllah wa Habluminannas merupakan kata Allah di dalam al-Quran yang membawa maksud yang begitu mendalam. 
Kalimah ini bermaksud kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama makhluk. 
Barangsiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.


Bila tangan menulis:
Sekian lama, akhirnya hari nie, baru terbuka blog penulis Syed Alwi Alatas, a writer with more than 20 books in many subjects/ genres. 
His blog entitled: Belajar dari kehidupan.  CLICK here!
Full of meaning. 
Masa lalu bukan untuk direnung tetapi sebagai pengajaran untuk memulakan hari yang baru esok kelak.

Antara kata-kata mutiara, “Ikatlah nikmat-nikmat Allah dengan bersyukur kepada-Nya.”
Umar bin Abdul Aziz. 


Bila tangan menulis: Baru ada 2 buah buku karya beliau, need to cari dan kumpul duit, nanti boleh beli lagik, ngee... e_~

Saya beli buku lagi. Pantang tengok buku, semua nak beli. Nasib baik laa duit tak de dlm tangan, kalau tak pasti habis dengan beli buku. Adoyai! 
Belinya banyak baca satu pun tak habis, pesan pada diri: sila habiskan pembacaan buku-buku anda!
Tapi tapi semalam, beli juga satu buku, berguna untukku nanti, insyaAllah!

Dan dan dan
Tetiba teringin nak berkarya seperti dulu- hasilkan novel dan cerpen, wah, seronoknya.
Moga diberi kesempatan, idea-idea yang berlimpah ruah seperti ladang gandum, hehehe, dah ke laut pulak!
Stop here. 
Ada masa akan ku update lagik!


Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan~
Ya Allah, berkatilah kami dalam ulan Rejab dan Syaaban, dan panjangkanlah usia kami sehingga Ramadhan.

ihfazillah yahfazka
11.50am
butterflybuddy
16.6.2013

Tuesday, June 11, 2013

short update~

When someone asked me, what's object that give symbol to you?
I will said pencil.


Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna ramadhan~

Ya Allah, berkatilah kami dalam ulan Rejab dan Syaaban, dan panjangkanlah usia kami sehingga Ramadhan.

Saturday, May 25, 2013

hari ini hari lahirku...

25 MAY- Alhamdulillah, genap umur 22 tahun. Alhamdulillah, Allah masih berikan bermacam-macam nikmat yang kadang-kadang aku mungkiri. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Birthday jatuh dalam bulan Rejab, moga ada rahmat di sebaliknya.
Jatuh pula pada hari first paper exam sem 2 2012/2013, moga dipermudahkan segala urusan. Good luck for the final exam.

Teringat pesanan dari sahabat, hakikat UMUR ialah kadar yang ditulis di sisi Allah berdasarkan 'AMAL SOLEH dan KERJA KEBAJIKAN yang kita lakukan, dengan niat yang ikhlas dan tekun.

Terima kasih kepada semua atas doa, wish, kad, dan BK+KFC. May Allah bless us.
Terima kasih buat abah dan mama yang telah mendidik aku untuk mengenal Islam, membesarkan aku sehingga kini dan memberi apa sahaja yang aku pinta. Betapa besar pengorbanan dan jasa abah dan mama. Terima kasih abah dan mama kerana tanpa kalian, siapalah aku.
Terima kasih buat octavian+ sahabat+ roommates+ classmates+ mahallahmate+ usrahmate and kuliyyahmate~
Terima kasih buat adik-beradik~
Terima kasih buat wani atas kad yang cantik ini:


Syahir Fifa hantar mesej ucap, "Selamat hari lahir Along. Jawab exam betul2". 
Counting the days to go back home!


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
May Allah bless us.
Syukran jazillan.
Jazakumullahu khairan khathira...

bila tangan menulis: pantun 4 kerat dari Afiqah Abdul Rahim:
Di Teluk Chempedak kami berkelah,
Burger King dan Kfc menjadi santapan,
Selamat hari lahir Syarifah Nur Aqilah,
Semoga cepat kahwin kami doakan. 

Kahwin jugak yang mereka doakan. Doakan saya mendapat jodoh yang baik dan mampu membimbing saya ke syurga.
Cheewwaahhh, lain pulak yang aku pikirkan. Bercakap soal jodoh, saya berserah padaNya. Kalau ada, ada lah, kalau tiada sekarang, mungkin esok lusa. Apa-apapun persiapkan diri untuk menjadi Muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat. 

Terima kasih pada "dia" sebab buat post tentang hari ini, semalam dan esok.
Good luck buat "dia" yang exam esok hari.
Baru habis satu paper, more papers to go...


ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
25 MAY 2013
11.15pm



Wednesday, May 22, 2013

sebak...

sebak..
air mata berlinangan.
mampukah aku???

Sahabat-sahabat, aku perlukan kata-kata semangat darimu.
Allah, Allah...
permudahkanlah urusan hambaMu ini.


Monday, May 20, 2013

ilmu vs knowledge...

Pesanan dari lecturer untuk kami:
"You will start studying not when you start opening your books or start writing the notes. You will start studying when you opening your heart".

Terus teringat akan suatu kisah:

Pada suatu hari, Imam Syafie' berjumpa gurunya sambil bertanyakan "Mengapa aku mengalami kesukaran untuk menghafal?"
Gurunya, Imam Waqi' berkata:
"Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat".





Let's open our heart in seeking knowledge~

bila tangan menulis: Alhamdulillah, selesai pembelajaran di semester 2 2012/2013. Now, i'm in revision period, sekejapnya masa berlalu. Masih ada 3 assignment yang berbaki, perlu disubmit pada minggu ini. 
semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.



Terbaca quotes in di page fb Motivational Muslims:

As exam season has arrived, just starting for some, or just finishing for some, don't forget the power of duas. Know that no matter how hard you work, if Allah(swt) doesn't want you to get that grade it wont happen. Dua is the one thing that can make the impossible possible. So don't forget to make dua to Allah non stop and also don't neglect your prayers and dhikr due to all the revision. Stay focused, awake and active; trust in Allah(swt) and know that whatever happens, will happen for the best. Oh Allah, nothing can be easy unless you bring ease to it, and if you wish, you can make the difficult easy. So bring ease to this for us, and allow us to be among the successful. Aameen.

ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
4.25pm
20th May 2013

Wednesday, May 15, 2013

jodoh itu...

Salam pembuka bicara. Minggu terakhir di semester 2 2012/2013, sangat memenatkan, kelas pagi, petang dan malam, assignment yang perlu di submit dan 2 presentation menunggu. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Terbaca pasal jodoh di Facebook, sangat tertarik dengan kata-kata ini...


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


-SR- 

bila tangan ini menulis: Apabila orang sekeliling membincangkan tentang couple, nikah gantung dan sebagainya, ingatlah jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah...

Jika kamu mencintai gadis itu,
mintalah pada Allah melalui solat istikarah,
berserahlah kepadaNya.

Jika kamu mencintai gadis itu,
ikutlah sunnah baginda Rasulullah saw,
bukan dengan ikatan couple dan sebagainya.

Jika kamu mencintai gadis itu, 
mintalah pada kedua ibu bapanya,
kerana ibu bapa tahu lelaki yang terbaik untuk anaknya.

Didik lah dirimu sebagaimana kamu mahukannya ada pada anakmu kelak. Teringat akan kata-kata seorang ustaz, Baitul Muslim bermula dengan diri sendiri. Persiapkan diri dengan disiplin, akhlak mulia, kebersihan, kecekapan, menuntut ilmu, bertanggungjawab dan tarbiyyah diri sangat penting untuk mendidik anak-anak kelak.

Barakallahulakuma buat sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. 


Ihfazillah yahfazka.
6.45pm
15.5.2013
butterflybuddy

Wednesday, May 8, 2013

road to final exam...

Final exam is around the corner 
(sedar x sedar, final exam dah dekat, tinggal 3 minggu sahaja lagi!!!) 

Jadual Final Exam Sem 2 2012/2013


25/05/13 (2.30pm) : Learning Process and Scpecial Needs
27/05/13 (2.30pm) : Counseling in Communication Disorders
31/05/13 (9.00am) : Philosophy of Sciences
01/06/13 (9.00am) : Psychoacoustics and Basic Audiometry
02/06/13 (9.00am) : Anatomy, Physiology and Neurology for Audiology 
03/06/13 (9.00am) : Screening For Impaired Hearing
04/06/13 (9.00am) : Paediatrics Audiology
05/06/13 (9.00am) : Critical Thinking in Health Care

Cemerlang akademik adalah satu amanah, akan kusahut cabaran ini!


Good luck for the final exam.
Dengan lafaz 
Bismillahirrahmanirrahim
Let's do our best!




Ihfazillah yahfazka
8th May 2013
12.10pm
butterflybuddy



LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...