Friday, July 5, 2013

Last friday in Sya'ban...

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga kalian berada dalam nikmat iman dan Islam.
"Kak wani, qilah pinjam laptop, nak update blog jap". Alhamdulillah, selesai untuk kelas di minggu kedua di sem 3 2012/2013. Habis kelas, beli makanan dan online sekejap untuk mengetahui apa yang berlaku di Malaysia dan negara luar. Susah betul xde internet, memang ketinggalan atau seperti katak di bawah tempurung. laptop sendiri tak leh connect dengan wifi UIA, so pinjam laptop orang laa jawabnya. Hari ini Jumaat yang terakhir di bulan Sya'ban sebelum menutup tirainya. Salah Jumaat dan jumuah mubarakah.


"Dah habis baca surah Al-Kahfi?" Kalau belum jangan lupa habiskan. Banyakkan berselawat dan berdoa. Kembali kepada isu Dr Morsi, Allah Allah, menitis air mata melihat video Dr Morsi. Sangat sedih! Peritnya perjuangan, sering kali ku ingatkan pada diri, bahawasanya jalan perjuangan yang kita pilih ini sukar, payah dan penuh onak duri di awalnya, tetapi ingatlah satu hari nanti pasti ada kemanisan di hujungnya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung" (Ali-Imran :200)Allah Allah, moga Allah beri kekuatan, kekuatan dan kekuatan untuk seluruh umat Islam. Teruskan berdoa untuk saudara Islam kita di sana.
Apabila melihat wajah Dr. Morsi, hati menjadi sebak. Walaupun tiada hubungan darah dengan beliau atau mana-mana rakyat Mesir, tautan ukhuwah dan sedih bersatu. Indahnya ukhuwah Islam. Ukhuwah ini mendekatkan yang jauh, merapatkan yang dekat. Sakit mereka, sakitlah kita. Itulah silaturrahim. Doa kita adalah untuk kemenangan Islam di muka bumi ini.
Pray for Egypt, pray for Islam. 

Allah Allah, speechless bila terbaca sajak yang ditulis oleh isteri Dr Morsi, Dr Najlaa berkaitan suaminya...

Di hari-hari yang penuh dengan ujian,

tatkala aku masuk ke dalam bilik,
kelihatan beliau sentiasa sujud memohon pertolongan kepada Allah 
dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya.. 
Apabila dia nak tidur, tangisan itu kedengaran 
walaupun beliau berada di atas katilnya
sehingga basahnya umpama mandi.. 
Demi Allah wahai Dr Morsi, 
nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu 
terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripadaNya 
disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih.. 
Maralah wahai Sang Presiden, 
Demi Allah jika Dia menggoncangkan sungai Nil dan Laut..
nescaya digoncangkan mereka bersama mu..

Sungguh menyentuh hati, Allah Allah. 
Kemenangan Islam itu dalam doaku duhai sahabat..
Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Antara lain, rintihan Dr Morsi yang dishare di facebook:

RINTIHAN DR MORSI

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,

Keberadaaanku adalah kerana ALLAH mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,

Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan,
Itulah islam bagiku, Kaffah, menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?

Orang-orang miskin di tepi jalan,
Semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada TUHAN yang akan menilai tingkah laku kita,

Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,

Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,

Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,

Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan ALLAH Yang Satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana DIA bersikap tidak pernah meninggalkan Hamba-NYA,
Maka aku hanya berpegang dengan Tali-NYA,

Allahumma, bantulah aku Ya ALLAH, kerana aku membawa Agama-MU,
Allahumma, sentiasalah bersama- samaku ALLAH, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup Kekuatan-MU Ya ALLAH,

Maka aku merasa KAU mencukupi untukku.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!



bila tangan menulis: Stop here. Need to wash my clothes, mesin rosak, kena basuh tangan, ala kesiannya! Semalam keluar shopping, bukan shopping sgt pun, tapi keluar cari sandal. Pusing satu mega cari kasut, alahai, xde yang murah! Akhirnya kasut jugak yang kubeli. Dan semalam juga, ke kedai buku Popular, sekarang popular tgh buat promosi, so walaupun bukan ahli dapat 10%, so bila duit dalam tangan, aku membeli buku Di Mana DIA di hatiku, karya ustaz Pahrol Mohd Juoi. Buku nie dah pernah beli dulu tapi entah siapa dan di mana buku itu berada, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli baru. Ini adalah buku kesayanganku, tak kesah abes duit semata-mata untuk dapatkan buku ini. 
Teringat pesanan dari seorang kakak: sekarang bukan masa untuk merenung nasib kita, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya, penuhkan ilmu di dada, fikirkan apa yang kita ingin sumbang pada umat Islam. Hidup kita untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan hanya menerima.

Technique in Audiology, here I am... 

Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi! keep moving forward 

Teringat kata-kata: Live your life as you did in Ramadhan. And your death will be like eid. 

Banyakkan berdoa. Allahumma bariklana fi sya'ban wa ballighna ramadhan. 

Ahlan Ramadhan.



ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
edited at 3.30pm
5th July 2013




No comments:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...