Friday, September 26, 2014

DIAgnosis

Assalamualaikum.

Sudah lama tak memetik jari di papan keyboard laptop untuk mengupdate blog..rindu untuk menulis, rindu untuk meluahkan perasaan, rindu dan rindu dan rindu semuanya...

Bila tengok post-post lama, oh man! dah lama rupanya blog ku wujud, haha :D
Post-post yang tak matured sampai laa sekarang, tak kesah laa ada orang baca tak tapi apa yang penting seronok untuk throwback kisah-kisah dulu :) 

Sekarang berada di final year, siyes cepatnya masa berlalu...
Tahun akhir dengan clinic, thesis aka FINAL YEAR PROJECT, assignment, class and so on..
Penat tak terkata, inilah rupanya perasaan menjadi pelajar tahun akhir. 
Moga dipermudahkan segala urusan dan berjaya memegang ijazah sarjana muda dengan jayanya.
Doakan saya teman-teman (silent reader is here!)

*stop sekejap, print journal :)

Almaklumlah minggu depan dah kena submit research proposal, nie lah masanya untuk bekerja keras menyiapkan proposal. minggu depan jadual hectic okeh, fully-booked with classes, clinic and screening program at kindergarten in Kuantan. Hujung minggu terpaksalah menghadap laptop dan pulun baca journal-journal. Siyes best sangat baca journal tapi masa nak start nak baca tue memang kena lawan nafsu dan bila dah berjam-jam baca, mula lah lentok sana lentok sini, katil memanggil-manggil, bahaya okeh! need to mujahadah lawan hawa nafsu laa, almaklumlah jadi pelajar universiti nie boleh disinonimkan dengan 4K, katil, komputer, kafe dan kelas, memang 99.99% true! So even ada yang tak bersetuju tapi ini memang FAKTA bukan AUTA! 

Banyak pulak saya berceloteh, hehe :D 
Nielah bila idea mencurah-curah ke ladang gandum, bila mood rajin datang, inilah jadinya! 
Dah abes sesi untuk cakap pasal final-year punya cerita, back to the main point.

DIAgnosis??? Korang taw tak pasal buku tue? 
I love to read books, novel pun salah satu yang suka baca, boleh laa nak kata suka semua genre novel, tapi novel yang paling suka dan takkan terlepas untuk dimiliki, novel karya HLOVATE! Penulisan dia memang terbaik, dan saya bercita-cita untuk menjadi penulis seperti beliau. Memang saya suka menulis, boleh kata kalau takde laptop, handphone dan tab, saya suka note books and mechanical pencil, saya suka menulis, tapi kalau bab-bab melukis, sorry to say laa, saya tak pandai melukis, heee :D


DIAgnosis nie adalah salah satu novel berkisar tentang setting perubatan karya Dr. Anwar Fazal, MD, Dr Aizzat, MD dan Dr Azah, MBBS. 
Jom kenali mereka...

Dr Muhammad Aizzat b Othman
Medical Officer in Div of Neurosurgery
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
MD (UKM)

Dr Nur Azah bt Mohd Isa
Medical Officer in Dept of Pediatric
Pusat Perubatan UKM, Cheras
MBBS (UITM)
Currently pursuing her postgraduate studies in Paediatric.
Graduated with 1st class honors and won Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor UITM in 2010

Dr Anwar Fazal b Abu Bakar
Medical Officer in Clinical Research Centre (CRC)
Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
MBBS (KSMU)
Currently pursuing his postgraduate studies in Master of Health Research from Royal College of Surgeon Ireland (RCSI) as the pioneer batch in Malaysia.

Bila semua orang bercakap pasal novel nie terus rasa nak sangat sangat sangat buku nie. Siyes worth-reading! Punya laa google sana google sini, cari sana cari sini, rupanya buku nie tak dijual di Pantai Timur, dan I need to buy online! Sebab nak sangat buku nie, carilah syarikat buku on9 dan akhirnya jumpa di instagram, greatsbookmy. Sesiapa nak memiliki buku nie, boleh cari di Popular, MPH, Kinokuniya ataupun beli secara online ke greatsbookmy ataupun emel ke whitecoatenterprise@gmail.com macam saya :) Harga senaskhah buku ini ialah RM20.

Tak sabar untuk memiliki buku DIAgnosis 2 :) 
Coming soon...

Nak share salah satu content DIAgnosis tulisan Dr Anwar Fazal ialah, Doktor segala Doktor!
Muhasabah bersama: 

Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, kita mencari lagu yang sesuai dan kene dengan jiwa untuk di dengar, bukan cari alunan ayat-ayat Al-Quran yang mampu buat jiwa kita bergetar.

Bila kita dalam kesedihan, kita cari teman untuk berkongsi ratap tangis kita, bukan dikongsi dengan Tuhan Yang Maha Mendengar semua rayuan hamba-hambaNya.

Bila kita marah, kita sering menjerit, meninggikan suara, menggunakan kata-kata kesat dan nista, bukan kita diam, berwudhu dan solat sunat dua rakaat dan sujud padaNya.


Bila kita rasa tertipu dengan seseorang, kita mudah berdendam dan mahu membalasnya lebih teruk dari apa yang mereka lakukan, bukan kita bersabar dan berdoa biar Allah bukakan hatinya untuk sedar dari kesalahan.

Bila kita tidak menyukai seseorang, kita cuba mencari kelemahannya, memfitnah atau bergosip dan menyebarkan keaibannya sini sana, bukan kita cuba mengenalinya dengan lebih dekat untuk tahu masalah dan dirinya yang sebenar.

Bila kira rasa kurang motivasi dan perlukan inspirasi, kita lihat pada 'orang-orang kaya dan ternama' di dunia, bukan kita lihat dan belajar dari mereka yang sudah dijanjikan syurga olehNya 'disana'.

Carilah segera Doktor Segala Doktor. 'Doktor' ini Maha Mengetahui. 'Doktor' ini Maha Penyayang. 'Doktor' ini Maha Mengasihani. Hanya Dia yang mampu menyembuhkan kita. Bukan manusia.. Doktor Segala Doktor ini ialah Allah Azzawajalla...Tuhan saya, awak dan kita semua.. :)


Bila tangan menulis: I need to stop here. Almost 7.00pm, preparing for Maghrib prayer and reciting Quran. Doakan saya kuat dan tabah menghadapi ujian mendatang, dan saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. Pesan saya satu sahaja, ihfazillah yahfazka, maksudnya, jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Last caption, Tuhan, jagakan mereka untukku :) 

Dan tak lupa, selamat beramal~We are in the month of Zulhijjah, bakal memasuki 2 Zulhijjah. 




With lots of love, butterflybuddy!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
26 September 2014 | 5.45pm

No comments:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...