Semoga kalian berada dalam nikmat Islam dan iman :)
Memori tercipta nyanyian Shila Amzah sangat best dan bermakna! Bila dengar lagu nie, terus mengimbau kenangan lalu sewaktu di sekolah. Betapa indahnya kenangan itu..
Di sini jua memori tercipta..
Walau seketika terjalin kasih kita...
Di sini jua memori tercipta..
Kenangan bersama takkan kulupa...
28 Ogos 2013, akhirnya aku berjaya melangkahkan kaki ke Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu.
Rindu, rindu semakin rindu...
Cinta, cinta semakin cinta...
Aku di sini, kau di sana...
Alhamdulillah, selepas 5 tahun meninggalkan sekolah, akhirnya kaki melangkah ke MMP. Sungguh aku rindu. Tengah exam, ptot laa bertebaran budak maahad di padang dan pondok2. Teringat waktu sekolah, sebelum exam, mesti hapal bawah pokok takpun pondok tepi padang. Nie lah orang kata kenangan :).
Malu ala shy shy cat suma, almaklumlah segan dah lama tak datang sekolah tetibe datang, uhuk33. Last-last jumpa cikgu sana sini dah tak rasa malu dah. Rasa seronok dapat jumpa cikgu2 dan ustaz, ustazah...
Muka cikgu suma maintain cantik dan comey ayu. Soklan yang wajib cikgu atau ustazah tanya, "belajar mana, tahun berapa? dan batch mane?" Yes, saya batch Nik Madihah, oh, SPM 2008! Almaklumlah budak maahad nie bukannya sikit, cikgu nak ingat suma pun susah. Dan soklan cepumas dr cikgu dan ustazah ialah "datang bawak kad kawen ke???" Jawapan: single lagi ustazah, xde orang nak pun.. haha :D
Nak taw cter lanjut lawatan kami boleh laa jengah blog Ain Fatihah. Dia dah cter dari A to Z!!!
Thanks kengkawan yang telah menjayakan ziarah ke sekolah -Ain, Nabilah Amran dan Alifah.
Just wanna share about my beloved ustazah:
Ustazah Fatimah, dia kenal lagi saya!!!
Situasi di bilik guru blok B...
Ustazah: "Enti, Syarifah......(my full name)".
Saya: "Ustazah... ustazah ingat lagik saya???"
Ustazah: "mestilah ustazah ingat, form 1 dulu ustazah banyak minta tolong enti bab-bab komputer..."
Saya: "ye kew ustazah?"
Ustazah: "ye laa,, ustazah sampai sekarang, kalau bab-bab komputer, teringat kat enti, lama dia tak mai sekolah..."
Saya: ...... (malu,segan, bangga jugak sbb ustazah still ingat saya)
Ustazah siap bagi tazkirah kat kami. Berkaitan ujian. Almaklumlah waktu kami datang tengah exam. Ujian setiap orang berbeza-beza. Mereka diuji dalam pelbagai bentuk; kekayaan, kegagalan, kesedihan dan sebagainya. Hadapilah ujian dengan tenang, kuncinya sabar!
Teringat firman Allah swt:
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. (QS 3 : 200)
Ustazah juga pesan, jangan pernah malu atau segan ke sekolah. Ingatlah anda datang ke sekolah sangat bermakna kerana ini adalah tanda anda menghargai jasa guru-guru yang telah mendidik kalian sewaktu di bangku sekolah. INsyaAllah ustazah, ada kesempatan waktu, akan ku kunjungi sekolah lagi...
Antara catitan ku:
28.8.2013 Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sekolah.
Dengan tujuan utk bersua muka dengan cikgu-cikgu dan ustazah-ustazah yang telah mendidik puteri-puteri Maahad..
Ada yang masih berbakti di sekolah itu..
Dan ada yang sudah berpindah ke sekolah lain..
Dan ada juga yang sudah pencen...
Dan ada juga yang sudah pergi menemui Ilahi..
Terima kasih cikgu!
Di sini aku diajar ilmu agama dan akademik
Di sini aku berkenalan dengan bahasa arab
Di sini aku diasuh sebagai muslimah
Di sini aku ditarbiah dgn usrah dan tamrin
Di sini aku belajar erti persahabatan...
Memori terpahat di ingatan...
Bila tangan menulis: Cuti semester bakal melabuhkan tirai. Ini bermakna semester baru bakal menjengah tiba. Post pasal octavo tak post lgk. InsyaAllah, tunggu ye!!!
Ilalliqa'!
Ihfazillah yahfazka
butterflybuddy
7.9.2013 | Sabtu
No comments:
Post a Comment