Tuesday, March 26, 2013

Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu...


Ihfazillah yahfazka
-"Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu"-

Sudah lama blog ini ditinggalkan tanpa cerita dan kisah. Mahu dikatakan sibuk, tidaklah. Terkadang niat untuk mengupdate tp tersekat dek banyak perkara yang perlu aku lakukan. Alhamdulillah, punya kekuatan untuk berkongsi sesuatu.

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghabiskan pembacaan buku "Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu" karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan jayanya. Kembara kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami benar-benar membuka mata dan pintu hatiku. 

Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri........... 

Mimpi ngeri yang pada mengenangnya, kita boleh terbangun pada tengah malam, berpeluh-peluh, ada kalanya sesak nafas, dan malu untuk ia diketahui orang.

Dia tidak terkecuali.

Namun, di celah perjalanan itu, ada kesepian yang belum terungkap.

Sepi yang memerlukan masa yang panjang untuk dia bangkit dengan sebuah keyakinan.

Keyakinan untuk jujur kepada diri.

Akur kepada liku-liku skrip kehidupan, yang menyampaikan ustaz ini kepada di mana dia berada, pada hari ini.

Dengan linangan air mata, dia ucapkan, “Alhamdulillah … Di Hamparan Shamrock, Kuseru Nama-Mu!”



Apa yang mampu kukatakan: tiada kata yang lain, "IHFAZILLAH YAHFAZKA".
Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Dimana sekalipun kamu berada, jagalah Dia, jagalah setiap apa yang diperintahkan dan tinggalkan apa yang dilarangNya.

BE YOURSELF, BUT BE THE BEST OF YOURSELF 




with lots of love,
insan yang  tidak dapat lari dari kesilapan dan kesalahan
6.45pm




2 comments:

Salsabila said...

baru baca tak sampai separuh. :)

BuTterfLyBuDdy said...

Moga dipermudahkan segala urusan.
Dan moga anda berjaya habiskan buku tersebut, serius best!!! mmg byk pengajaran dlm setiap cerita!

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...