Monday, January 28, 2013

Sweet letter...


Together forever, never be apart,
Maybe in distance but never in the heart…

Salam ukhuwwah...
Sahabat tecinta, kalian lah yang mengetahui siapa diri ini yang sebenar.
dalam suka dan duka, kalian sentiasa ada di sisiku...
Uhibukkunna fillah! May Allah bless you always.


Tinta seorang sahabat untuk ku akan ku abadikan di blog ini.
Semoga Allah mencintai kalian lebih dari cintaku kepada kalian.

Sahabat,
Bulan malam bersinar sangat cantik,
Angin malam bertiup sangat tenang,
Bintang gemerlap di langit malam sangat indah, 
Beribu cereka dicoretkan, 
Berjuta rahsia diungkaikan.

Sahabat,
Diri kita sendiri adalah amanah,
Jantung kita berdenyut adalah sumpah,
Nafas kita ini tidaklah dikerah,
Namun mengapa ada yang tidak mengerti?
Sedang mereka ketahui mungkin esok tiada
buat mereka..

Sahabat,
Diri kita milik Ilahi,
Pencipta agung sekalian makhluk,
Pencinta setia sekalian hamba,
Dalam ratib kita sentiasa berdoa,
buat kesejahteraan dunia dan akhirat.

Sahabat, 
Masa itu mungkin lama,
Kadangkala masa itu dekat,
Namun kepastian mati itu tetap hakiki,
Kerana kita takut esok bukan milik kita lagi.

Maafku pinta darimu sahabat,
Kerana aku bukanlah insan sempurna,
Khilafku nyata, salahku nyata...

Aku takut andai aku tak dapat melihat tawamu,
Aku takut andai dosaku padamu tak terampun,
Aku takut andai keranaku kau menangis,
Aku takut andai keranaku kau terkedu,
Aku takut andai keranaku kau terdiam,
Aku takut andai keranaku kau marah,
Aku takut andai keranaku kau lari,
Kerana hakikatnya,
Aku takut hari esok aku tak sempat melihatmu
tersenyum seperti sediakala,
Kerana ajalku bukan ketetapan dariku,
Kerana ajalku pemilik Rabb-ku.

Sahabat,
Terima kasih atas segalanya,
Aku tak pernah melupakan budi baikmu,
Kerana dengannya aku tersenyum sendiri,
Ada nikmat yang besar buatku dari Penciptaku,
Allah swt...
iaitu sahabatku, Aqilah.

bila tangan menulis:
*terima kasih sahabat. Alhamdulillah, khatam juga sebuah buku untuk cuti semester kali ini. Buku bertajuk Travelog Luka Air Mata Syria benar-benar membuka hati, mata dan minda ku. Mereka bermati-matian mempertahankan Islam dari pemerintahan kuku besi Syiah Nusairi. Moga Allah tempatkan mereka sebagai syuhada. 

Aku ingin menjadi seperti burung kecil yang terbang membawa sedikit air pada paruhnya, untuk disiram pada bakaran api yang besar yang sedang menjerang Nabi Allah Ibrahim AS.
Walau sehebat manapun kamu, berkorbanlah sekecil atau sebesar apapun demi mempertahankan Islam. Allahu Akbar.







No comments:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...