25 MAY- Alhamdulillah, genap umur 22 tahun. Alhamdulillah, Allah masih berikan bermacam-macam nikmat yang kadang-kadang aku mungkiri. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Birthday jatuh dalam bulan Rejab, moga ada rahmat di sebaliknya. Jatuh pula pada hari first paper exam sem 2 2012/2013, moga dipermudahkan segala urusan. Good luck for the final exam.
Teringat pesanan dari sahabat, hakikat UMUR ialah kadar yang ditulis di sisi Allah berdasarkan 'AMAL SOLEH dan KERJA KEBAJIKAN yang kita lakukan, dengan niat yang ikhlas dan tekun.
Terima kasih kepada semua atas doa, wish, kad, dan BK+KFC. May Allah bless us.
Terima kasih buat abah dan mama yang telah mendidik aku untuk mengenal Islam, membesarkan aku sehingga kini dan memberi apa sahaja yang aku pinta. Betapa besar pengorbanan dan jasa abah dan mama. Terima kasih abah dan mama kerana tanpa kalian, siapalah aku. Terima kasih buat octavian+ sahabat+ roommates+ classmates+ mahallahmate+ usrahmate and kuliyyahmate~ Terima kasih buat adik-beradik~
Terima kasih buat wani atas kad yang cantik ini:
Syahir Fifa hantar mesej ucap, "Selamat hari lahir Along. Jawab exam betul2".
Counting the days to go back home!
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
May Allah bless us.
Syukran jazillan.
Jazakumullahu khairan khathira...
bila tangan menulis: pantun 4 kerat dari Afiqah Abdul Rahim:
Di Teluk Chempedak kami berkelah, Burger King dan Kfc menjadi santapan, Selamat hari lahir Syarifah Nur Aqilah, Semoga cepat kahwin kami doakan.
Kahwin jugak yang mereka doakan. Doakan saya mendapat jodoh yang baik dan mampu membimbing saya ke syurga.
Cheewwaahhh, lain pulak yang aku pikirkan. Bercakap soal jodoh, saya berserah padaNya. Kalau ada, ada lah, kalau tiada sekarang, mungkin esok lusa. Apa-apapun persiapkan diri untuk menjadi Muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Terima kasih pada "dia" sebab buat post tentang hari ini, semalam dan esok.
Pesanan dari lecturer untuk kami: "You will start studying not when you start opening your books or start writing the notes. You will start studying when you opening your heart".
Terus teringat akan suatu kisah:
Pada suatu hari, Imam Syafie' berjumpa gurunya sambil bertanyakan "Mengapa aku mengalami kesukaran untuk menghafal?" Gurunya, Imam Waqi' berkata: "Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat".
Let's open our heart in seeking knowledge~
bila tangan menulis: Alhamdulillah, selesai pembelajaran di semester 2 2012/2013. Now, i'm in revision period, sekejapnya masa berlalu. Masih ada 3 assignment yang berbaki, perlu disubmit pada minggu ini.
semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.
Terbaca quotes in di page fb Motivational Muslims:
As exam season has arrived, just starting for some, or just finishing for some, don't forget the power of duas. Know that no matter how hard you work, if Allah(swt) doesn't want you to get that grade it wont happen. Dua is the one thing that can make the impossible possible. So don't forget to make dua to Allah non stop and also don't neglect your prayers and dhikr due to all the revision. Stay focused, awake and active; trust in Allah(swt) and know that whatever happens, will happen for the best. Oh Allah, nothing can be easy unless you bring ease to it, and if you wish, you can make the difficult easy. So bring ease to this for us, and allow us to be among the successful. Aameen.
Salam pembuka bicara. Minggu terakhir di semester 2 2012/2013, sangat memenatkan, kelas pagi, petang dan malam, assignment yang perlu di submit dan 2 presentation menunggu. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Terbaca pasal jodoh di Facebook, sangat tertarik dengan kata-kata ini...
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
-SR-
bila tangan ini menulis: Apabila orang sekeliling membincangkan tentang couple, nikah gantung dan sebagainya, ingatlah jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah...
Jika kamu mencintai gadis itu,
mintalah pada Allah melalui solat istikarah,
berserahlah kepadaNya.
Jika kamu mencintai gadis itu,
ikutlah sunnah baginda Rasulullah saw,
bukan dengan ikatan couple dan sebagainya.
Jika kamu mencintai gadis itu,
mintalah pada kedua ibu bapanya,
kerana ibu bapa tahu lelaki yang terbaik untuk anaknya.
Didik lah dirimu sebagaimana kamu mahukannya ada pada anakmu kelak. Teringat akan kata-kata seorang ustaz, Baitul Muslim bermula dengan diri sendiri. Persiapkan diri dengan disiplin, akhlak mulia, kebersihan, kecekapan, menuntut ilmu, bertanggungjawab dan tarbiyyah diri sangat penting untuk mendidik anak-anak kelak.
Barakallahulakuma buat sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
-May Is Better Hearing and Speech Month- I'm an audiologist-to-be.
1st Lesson
Who We Are? An Audiologist is the professional who evaluate, diagnose, treat, and manage hearing loss and balance disorders who have extensive training and skills to evaluate the hearing of all ages by conduct a wide variety of tests to determine the exact nature of an individual's hearing or balance problem.
Good hearing and healthy ears may not assurance forever as Allah might test us with sudden hearing loss, Be grafetul!
bila tangan menulis: PRU13 selesai dengan "jayanya". Warna warni PRU13 takkan dilupakan. Mat bangla, peti undi hilang, IC percuma, dakwat kekal yang tak kekal dan paling tak masuk akal, BLACKOUT!!! Tahniah Barisan Nasional.
Pesan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tadi di Rusila :
"Kalau kita kalah , kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t."
"Kita tidak kalah, cuma belum menang ".
Jangan bersedih, teruskan perjuanganmu wahai anak muda! Teruskan berdakwah demi menegakkan agama ALLAH!
copy paste from facebook:
Sahabat-Sahabat sekalian...
Perjuangan kita belum terhenti..
Perjuangan kita belum mati..
Nyawa kita masih bernafas..
Jihad kita masih berjalan..
Perjalanan kita masih panjang...
KETAHUILAH ZAMAN KITA AKAN TIBA!
ZAMAN KITA ADALAH ZAMAN PERUBAHAN!
WAKTU ITU AMAL KITA AKAN BERCAKAP TANPA LISAN!
HIDUP RAKYAT KERANA TERTINDAS!
BANGKIT RAKYAT KERANA KEADILAN!
KITA AKAN BANGKIT!!!!
"Wa makaru wa makarallah, Wallahu khairul makirin" "Kita merancang, dan ALLAH juga merancang, Allahlah sebaik-baik perancang".
kalau ikot jadual semester, minggu ini adalah minggu ke-13.
kebetulan plak minggu ini adalah PILIHANRAYA UMUM KE-13 *senyum :)
penat, mengalahkan PERDANA MENTERI yang tengah sibuk kempen pilihanraya
tapi itulah realiti seorang mahasiswi...
menyiapkan assignment, society and turun berjumpa masyarakat (oppsss!!!)
3 assignment perlu dihantar minggu ini sebelum balik cuti mengundi...
assignment Ms Jue: question on child with phonological disorders, assignment learning process: theories that applied to the children and screening report
+
orang penting dalam Annual Grand Dinner (public relation je pun!ahaha :D)
tengah design invitation card!
sy bukanlah expert sangat, letak sana sini, dah siap!
+
group presentation for PARENTING CLASS!
this thursday, 2nd May 2013
tajuk: Interior and exterior home design from Islamic perspective
(mencabar jugak! kena letak diri sbgai seorang arkitek! *pening*)
pesan pada diri:
and I'm inspired!
Teringat kata-kata kakak usrahku padaku:
"Allah doesn't require you to "Be The Best" He just want you to do your best and he will take care of the rest."
someone have shared one video that said Muslims should watch this video...
apa lagik, berhenti sebentar..
*klik*
*air mata leleh*
i've cried after watching this video
Allahu akbar!
The ummah is facing hardships like never before.
Return to Allah swt. And as long as we have Allah swt, we have everything...
Teringat satu hadis Rasulullah saw: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku".
Kesibukan. Kepenatan. Kadang-kadang tak dapat lari dari cabaran, mehnah dan ujian. Bila diri ini penat, seringkali ingin tersungkur, Allah yang menguatkan aku untuk terus berada di jalan ini. Dia ada untuk hamba-hambaNya. Hanya Dia motivasi untuk meneruskan hidup.
Aku bukan hebat seperti orang lain. Aku bukan seperti mereka. Tetapi, apa yang aku pegang, aku cuba untuk menjadi seperti mereka walaupun aku masih merangkak. Apa yang penting aku takkan berhenti berusaha. Biarlah orang nak kate ape pun, apa yang penting kita harus bangkit dan terus berusaha.
Sudah lama tangan ini ingin menulis, membicarakan segenap perkara, tapi apakan daya, masih banyak perkara yang perlu aku seimbangkan.
Doakan yang terbaik buat diri ini.
Banyak yang perlu aku pelajari, banyak yang perlu aku perbaiki. Hanya satu yang aku pegang, "IHFAZILLAH YAHFAZKA", jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jangan sedih andai kita jatuh di tengah jalan, ingatlah, kita merancang, Allah jua merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah perancanganNya. Ada hikmah di sebalik ujian itu.
Peringatan buat diri sendiri: "Dunia hanya tempat persinggahan. Akhirat tempat kekal selama-lamanya. Moga menjadi Muslim yang menuju jalan mardhotillah walaupun banyak dugaan, cabaran dan mehnah yang perlu ditempuhi. Hanya Dia tempat kita meluahkan segala-galanya". #mode: bersengkang mata menyiapkan assignment yang perlu dihantar besok hari. errr, masa untuk siapkan assignment, tapi sempat lagi curi masa untuk update blog! senyum!
terima kasih buat adik-adik usrah, bawa kek, hadiah untuk kakak-kakak. Sayang adik-adik kerana Allah.
-bumikan hijau di Malaysia, tenggelamkan gelombang biru-
Teringat dekat roommate saya, Najah Solihah bila bercakap tentang keberkatan masa.
Yes, she is.
Dia selalu pesan pada saya tentang keberkatan masa,
"kalau kita sibuk sekalimanapun, mintalah pada Allah, moga ada keberkatan masa pada masa kita".
Setiap manusia dikurniakan 24 jam sehari semalam.
Terpulang bagi setiap insan untuk memanfaatkan masa yang dikurniakan dengan bijak sepenuhnya atau sebaliknya.
Kadang-kala berasa pelik melihat orang lain dapat melakukan banyak pekerjaan, aktiviti dengan baik dalam masa yang ada.
Adakah dia dikurniakan masa yang lebih daripada kita?
Tidak. Masing-masing dikurniakan masa yang sama, waktu yang sama, tempoh yang sama.
Namun apa yang membezakan antara kita dan dia? KEBERKATAN MASA.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Asr, "Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."
bila tangan menulis: Alhamdulillah, berjaya menyiapkan 2 poster malam ini. Alhamdulillah, syukur tak terkata. Terima kasih kepada kawan-kawan dan kakak-kakak yang sudi beri tunjuk ajar, komen, petua dan sebagainya. Apa yang saya boleh katakan, SAYA PERLU BELAJAR LAGI!
(basic adobe photoshop perlu belajar lagi, banyak benda perlu tahu.)
semasa orang lain semuanya tidur nyenyak Aku merayu padaMu sepanjang malam
– segala penderitaan yang aku pikul.. Aku bermadah Kamu adalah tumpuanku
bila saja bala menimpa Hanya Kamu sahajalah tempat aku berpaut Aku mengadu padaMu aneka penderitaan
Kamu tentu tahu sepenuhnya Kesabaranku sudah mula luntur,
daya tenagaku sudah mula lemah… Sekarang, padaMu aku menadah tangan dengan cukup hina, Oh Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah… Justeru pohonlah ya Rabbi,
janganlah biarkan tadahanku tidak berisi.. Limpah kurniaanMu seluas lautan,
akan memuaskan siapa saja yang yang menghirupnya….."
Puisi Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Wanna share a status from Yasmin Mogahed...
There’s an amazing thing about broken hearts. When you don’t get what you want, you discover a need. When you discover a need, you begin to ask. When a request is unfulfilled, you keep asking. Sometimes He doesn’t give you what you ask for when He wants to give you something more. Sometimes He doesn’t give you right away because He knows there’s something better. Or so you can keep asking. Because it is in the process of begging, the process of crying to Allah, that you are elevated and brought nearer. It is in the process of asking that you are brought to the foot of His throne. It is your need and helplessness that drove you to His throne. He deprives to give.
bila tangan menulis: Alhamdulillah, mid-sem break pun dah habis, exam dan assignment yang bertimbun sedang menunggu utk disettlekan. Minggu ini sangat sibuk, 4 paper mid-term exam and 4 assignment need to submit and prresent. Moga dipermudahkan segala urusan. Rajin update blog???emmm, tgh tggu install videomaker, tetiba rajin utk update blog!*ngee.
There's one big event in my campus:
Ini kali lahhh....
IIUM KUANTAN BERSELAWAT
Reviving the Islamic spirit
let's come and join us.
tentative:
bila tangan menulis: serius! rasa tak sabar utk menghadirkan diri dlm event kali nie. Selalu tgk tvAl-hijrah tgk malam cinta rasul, KL Berselawat and many mores. -i'm waiting!!!