Monday, July 19, 2010

PENGALAMAN SEMALAM...

Go to fullsize image

15 JULAI 2010
aku selamat pulang ke rumah menaiki bus
hati gembira sekali...
rindu pada keluarga
abah
mama
adik-adik
sekali-sekala balik, siapa tak gembira???
16 JULAI2010
selamat tiba di rumah pada jam 5.30am
sampai sahaja dirumah, disambut oleh mama..
terima kasih mama.
terima kasih abah kerana menjemput ku di perhentian bus.
terima kasih adik-adik ku, syafiq, syahir dan syakir...
terima kasih jugas untuk farah
dan tak lupa utk wani
kerana bagi along balik rumah
18 JULAI 2010
hari ini aku terpaksa balik ke uia semula..
jadual bus ku pada pukul 9pm...
masa naik bus, tiba2 ada masalah berlaku..
tiket bus aku bertindih dengan orang lain...
bila di tengok dalam rekod, 
tiket aku sepatutnya semalam, 17JULAI2010..
tapi dalam tiketku bertulis tarikh 18JULAI2010??
siapa salah???
bukan salah aku...
pakcik bus tersebut kata aku yang salah..
dia tuduh aku ubah tarikh kat tiket...
tak der maknanya aku nak ubah tarikh kat tiket tue...
dah laa aku sorang2 kat situ...
pakcik tue plak pergi heboh-heboh ckp aku nie xreti naik bus,
tiket semalam tapi naik mlm nie..
bengang jgk aku ketika itu
tapi aku tak melawan,
sbb aku berhadapan dgn pakcik..
aku hormat..
aku diam..
ketika itu aku hanya dgn perasaan yang gelisah
1st time naik bus pulang ke KL...
aku terpaksa turun dari bus yang aku mula-mula naik...
aku turun dan aku tunggu abahku datang.
aku tak tahu nak buat ape ketika itu..
aku hanya istighfar...

Akhirnya,
familyku menghantar aku ke UIA...
pada malam itu juga...
kasihan abah dan mama
terpaksa berkorban utk ku...
aku sedih..
aku menangis...
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka menjaga aku ketika aku kecil"
mama, abah
maafkan along.

Ya Allah, terangilah hidupku dengan cahaya kasihMu,pimpinlah daku dengan hidayahMu, Ampunilah dosa-dosaku yang lalu, sungguh, aku dambakan keredhaanMu..banyaknya dosa aku..

Muslim yg paling bahagia tak selalu memiliki hal-hal yg terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yg terbaik dari setiap yg hadir dalam hidupnya..Semoga kita sama2 menjadikan setiap hari yang mendatang adalah hari yg bahagia untuk kita.. Setiap muslim pasti diuji, kerna sedangkan kekasih Allah, Rasulullah juga menghadapi saat2 sukar dlm hidup baginda, ini kan pula kita umatnya~

 "tuhan pimpinlah hati ini..
untukku menghayati petunjukMu..
wlu diuji KESABARANKU juga KEIMANANKU..
x tercabar keyakinanku pd janji2Mu..
ttp b'sujud dihdpnMu..
meraih cintaMu..
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah untukMu..
betapa ku bersyukur..
dgn HIDAYAH yg engkau berikan..
SMOGA SELAMANYA AKU KEKAL DI JALANMU..


Friday, July 9, 2010

Khaulah Al-Azwar-Mujahidah Sejati~!!!

salam perjuangan buat sahabat handai ~!!!!
Alhamdulillah, kita berada di dalam nikmat iman dan Islam...
Tajuk post untuk kali ini tentang salah seorang pejuang sayap kiri, iaitu KHAULAH AL-AZWAR...

Pada 4 JULAI 2010...
aku mendapat mesej yang dihantar oleh sahabatku...
Allahuakhbar! Semangat tentera Muslim menggegar di udara. Musuh berasa gerun. "Adakah itu KHALID BIN AL-WALID?" Musuh tertanya-tanya. Seorang ketua skuad Islam, Raafe bin Umaira berbisik kagum". Beliau bertempur seperti KHALID, tapi saya yakin beliau bukan KHALID. Tatkala mengetahui tentera yang sedang bersemangat menentang musuh, itulah KHAULAH AL-AZWAR, Khalid bin al-Walid hampir terjatuh dari kudanya. Takjub. Subhanaallah...

Aku berfikir sejenak...SUBHANALLAH...betapa kagumnya aku dengan semangat KHAULAH AL-AZWAR??? bisakah kita menjadi sepertinya??? INSYAALLAH...




Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat. 
Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azwar. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau???
 
Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
 
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah
medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa. 

Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula tercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azwar) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja beliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
 

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. 

Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.  
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang
Rom." 

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."
 


Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perl
u mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.  



BANGUNLAH!!! Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini. 
-arkib nisa'- 

p/s: alhamdulillah, aku masih lagi dapat menimba ilmu dari kuliah talaqqi dan talk about THE MAVI MARVARA TRAGEDY... 
kepada kawan2, selamat menjawab exam~!!!
kepada syafekar dan liana, selamat hari lahir~!!!
semoga panjang umur dan dimurahi rezeki...
sayang kamu semua kerana Allah.

Saturday, July 3, 2010

Kenapa mahu menjadi doctor???

Alhamdulillah, aku masih hidup dalam nikmat Islam dan iman...
rasenya sudah lame blog ini tak terupdate...
busy???maybe...
kali ini aku nak berkongsi artikel yang kudapat....
artikel ini sangat menarik perhatianku...

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. 


Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. 
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya. 
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. 
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya. 


Ramai yang mengangguk. 
“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi. 
“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum. 
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita. 
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan. 
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif. 
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti. 
Bukan calang-calang kerja. 
Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti. 
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi. 
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya. 
PERSOALAN NILAI 
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan. 
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya. 
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki. 
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. 
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan. 
NILAI DUIT 
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi. 
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi. 
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya. 
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur. 
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. 
Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material? 
Malah sumber kebencian. 
NILAI – HARGA – KORBAN 
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja. 
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’. 
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN. 
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan. 
TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN 
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan. 
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri. 
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka. 
PROVOKASI DEMI MASA DEPAN 
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi. 
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minAllah. 
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. 
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita. 
JIKA KERJA JADI IBADAH 
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan. 
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya. 
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja. 
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya. 
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya. 



p/s: Mid-sem around the corner...good luck to all my friends~!!!try your best and beat the best...
         Semalam keluarga ribenna mengadakan birthday party tuk anje, uda and umi ribenna...
        pandai mereka merancang, papepun terima kasih banyak2. Syukran jazillan. 



 

Sunday, June 27, 2010

3 CAHAYA DI HARI KIAMAT~!!!





Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari

Apabila ditanya apakah ini? Lalu dijawab: "Cahaya yang pertama ialah wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang bila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wjah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Renung-renungkan di manakah letaknya kita? Adakah seperti cahaya matahari, bulan, atau bintang?
Ataupun malap tak bercahaya? Semoga kita sama-sama membuat anjakan paradigma ke atas diri kita agar mendapat syurga firdaus yang kekal abadi. Ameen.

Saturday, June 26, 2010

KISAH TELADAN~UNTA MENJADI HAKIM!!!

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." 
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini." 

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" 
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." 
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." 
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali." 

Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." 
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Thursday, June 24, 2010

SIAPA YANG MAMPU???

Kala hati menangis,
Kala hati berduka,
Kala hati bersedih,

Siapakah yang mampu mendengarnya,

Memujuknya,

Juga mengubatnya?



Ibu??

Rasa terlalu membebankan ibu,

Sudah sering aku mengadu,

Aku malu terus-terusan mengadu,

Walau riaknya,

Seolah-olah mereka dihargai,

Aku tahu..

Ibu sentiasa bersedia,

Mendengar setiap yang dibicarakan,

Mengeluarkan kalimah,

Yang menyejukkan..



Tapi maaf,

Aku tak mahu ibu turut bersedih,

Melihat dan mendengar luahan hatiku,


Ayah??

Raut wajah nya memilu kan hatiku,

Tak sanggup aku menambahkannya,

Tanggungjawab yang dipikulnya,

Sudah cukup menyatakan bebanannya,

Tegakah aku melihat ayah,

Terus terbeban?



Tidak!!

Walau aku tahu ayah ikhlas,

Cukuplah aku yang merasakan..



Sahabat??

Aku tahu engkau ikhlas mendengarnya,

Tapi engkau takkan faham,

Apa yang bermukim di hatiku,

Aku hargai keikhlasan mu,
Aku hargai kejujuran mu,

Mendengar setiap yang kuluahkan,

Memberi semangat kala aku terjatuh,



Maafkan aku,

Walau engkau tak dapat mengerti sepenuhnya,

Aku tahu 1000 kali dihatimu terdetik,

"Andai aku dapat merasainya",

Aku sungguh bertuah,

Didampingi sahabat sepertimu,



Tapi aku akui,

Walau sederas mana air mataku jatuh,

Di hadapan mu,

Hatiku tetap menangis,

Tiada siapa yang mampu memujuknya,

Mahupun mengubatnya..






Hati..

siapakah yang mampu mengubatmu?



Walau aku membuat coretan,

Di atas 1000 helaian kertas sekalipun,

Mereka tetap tak dapat mengerti,

Mengapa aku tidak mahu berkongsi,

Membebaskan semuanya yang terbuku.



YA ALLAH..

KUPOHON PETUNJUK DAN HIDAYAHMU,

TUNJUKILAH HAMBA JALAN YANG ENGKAU REDHAI,

SESUNGGUHNYA ENGKAU  MAHA MENGETAHUI,

SETIAP YANG TERDETIK DI HATI HAMBA,

KUPOHON KEAMPUNAN MU YA ALLAH,



Aku yakin hanya kepada ALLAH,

hatiku akan tenang dan bahagia.



La tahzan waLa takhaf, inna Allahama'ana...
www.iluvislam.com
Oleh: ameera_humaira
Editor: deynarashid

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...