Saturday, March 6, 2010

Hatiku bersuara….

Cuti???holiday…
Yeah, cuti akhir semester 2…
Tnggal smnggu je lgk…
Da nak blik uia..
Hmmm,,,bersyukur laa dpt blik..
Rindu sama family, adik and rumah…
Hehe…


Dah lama xpost cter yg berlaku…
Nie nak cter psl hari aku blik naek train hari 2…
Perjalananku dlm train kali ini amat mnyeksakan dan tdk menyenangkan…
Tak suka naek train hari tue..
Rase nak terjun dari train je ari 2…
Haha…tp x terjun pun..
Perasaan je…



Nak dijadikan cerita…
Memang penat laa hari tue…
Naek train tue trus rehatkan bdn…
Bag yg bwk blik kali ini agak berat..
Penuh dgn baju-baju..
Berat2…xder orang tolong???kawan2 yg laen pon bwk blik beg berat…
Hmmm,,,
Dlm train, tirah dah dibuai mimpi..
Termasuk aku..
Tapi, aku tidur ajak-ajak ayam rasenya…
Setiap kali train berhenti tuk amik penumpang lain
Aku akan terjaga…
Ye laa…
Aku nie perempuan..
Tmbh2 xder org jagaan…
Kena berhati-hati…

beznya laa kalau ada bullet train kat malaysia nie...
rindu pd family dan rumah...
sejam bleh smpai rumah~!!!huhu

Jam menunjukkan pkul 6.00am
Aku, atirah dan hidayah bgn…
Dah azan ke blom???kteorg x dpt nak agak…
Maklum laa xtaw kat ne skrg…
Bgn je, aku dgn tirah nak solat…
Dayah tolong jagakan barang..
Time tue, suma org enak dibuai mimpi…
Aku dan tirah berjln menuju ke surau yg ada dlm train 2…
Xtaw jgk dimana…
Tp kami jln shja..
Akhirnya jmpe..
Tapi???
apa yg aku tahu..
Surau dlm train suma bercmpur lelaki dan perempuan…
Ya Allah, mcm mane aku nak solat mcm nie???
nak dedah aurat dpn lelaki???
Hanya Allah saja yg tahu perasaan ketika itu..
Last2,
Aku, tirah dan fadhilah wat keputusan,
Kte amik wudhu’ dan solat kat kerusi…
Walau apa cara sekalipun, Allah memberi kita kesenangan dalam solat ketika musafir..
Kami solat duduk..
Tyme nak amik wudhu’…
Ya Allah…
Aku kesal, sedih, takut..
Semua perasaan aku ketika…
Hanya Allah yg tahu..
Ada ke orang yg tidur kat tepi-tepi ruang yg menuju antara 1 gerabak ke gerabak yg lain???
dah laa lelaki perempuan tidur bersama???
Apa nie??? INI MALAYSIA KE???NEGARA ISLAM KE???
Ketika mnunggu turn msuk tuk amik wudhu’…
Ada seorg lelaki..
Melayu dan agama???ISLAM laa..
Dia menghulurkan aku keropok..
Aku kata xnak.
Baik punya orang…
Solat???tidak..
Dah laa tidur kat tepi ruang lalu lalang orang…
Menyusahkan org…
Tidur dgn perempuan….
Rupa-rupanya perempuan tue mak nyah~!!!!
Ya Allah, aku kesal…diaorg mencemarkan lagi maruah diri seorang wanita.

Aku pelik…
Dlm train tue mcm aku naek train di India..
Tahu knape???Bersesak-sesak dlm train…
Bknnya xder tempat duduk..
Bnyak je tmpat duduk..
Aku tnya kwnku,,,
Hidayah ckp..
Org yg tidur kat tepi ruang lalu lalang tue org yg x byr tiket…
Miskin sgtkah diaorg nie???
smpai x dpt byr tiket…
Mcm laa Malaysia nie Negara termiskin kat dunia nie….
Tahu nak duk senang, tiket x leh byr..
Apa kes nie????
Tutup kes tue..
Skrg aku dah selesai berwudhu’…
Aku kembali di tmpat dudukku…
aku solat dan selesai dari solat...
aku lihat ragam penumpang yang lain???
Penumpang yg lain masih enak dibuai mimpi…
Yang aku tahu…
Kbnykan penumpang dlm gerabakku..
Akan berekspidisi di Kelantan..
Xtaw laa ke mana diaorg nie….
Yang pelik nya…
Tak solatkah mereka ini??
aku tertanya-tanya…
Dan jwpan akhirnya..
Mereka tidak bersolat…
Selang beberapa seat di depanku,,,,
Penumpang lelaki…
Bgn shja dari tidur…
Salah seorang dari mereka ckp..
Aku ingtkan lelaki nie ajak solat..
Rupa-rupanya..
Ajak minum kopi..
Ya Allah, diaorg nie x beragama ke???
SOLAT ITU TIANG AGAMA…





Kalau dah tak solat, jawabnya…
Runtuhlah tiang agama tue…




Hmmm,,,
Inikah umat Islam akhir zaman???
yg cintakan dunia…solat entah ke mana…
Ya Allah, aku rasa nak menangis sahaja dlm train tue, tp apakan daya…
Aku tahan agar air mataku x jatuh ke bumi..
aku bkn ape...
nanti kawanku tnya...kenapa kamu menangis???
apa mau aku jwb???....
Aku takut..
Aku x taw apa yg aku boleh lakukan..
Aku takut utk berhdpan dgn org lain..
Aku bleh katekan, aku menggunakan hati..
Itu adalah selemah-lemah iman…
Hanya itu yg mampu aku lakukan..
Aku lemah…
“Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini”
  




Tuesday, March 2, 2010

KEAJAIBAN HATI~!!!





FROM: USTAZ ZAHAZAN MOHAMED


Hati ataupun dalam bahasa Arab dikenali sebagi Qalbun merupakan pusat kawalan segala perlakuan manusia. Manusia melakukan maksiat berpunca daripada hati yang kotor kerana dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang memudaratkan. Ramai orang gagal mengawal diri lantaran hati tidak bertindak sebagai pembimbing kerana manusia suka mengikut bisikan nafsu dan jarang-jarang menggunakan pertimbangan akal sebelum melakukan sesuatu.

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Syu’ara ayat ke 88-89, maksudnya :

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); 


Ibnul Qayyim menjelaskan dalam tafsirnya, dari Ibn Abbas r.a maksud hati yang selamat sejahtera adalah individu yang mempunyai aqidah yang mantap dalam diri dan melakukan ibadah selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati.”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim ) 

Justeru apabila hamba berkulit hitam yang bernama Luqman al-Hakim diperintahkan oleh tuannyauntuk membawa bahagian yang paling baik dari seekor kambing yang telah disembelih maka Luqman membawakan hati dan lidah.Demikian apabila diminta membawa anggota yang paling buruk maka Luqman masih lagi membawakan bahagian yang sama.Rasionalnya dari tindakan itu adalah lelaki hitam yang diberikan ilham ini ingin memberitahu manusia kepentingan penjagaan hati agar ia selari dengan kehendak Allah.Apabila ia selari dengan kehendak tuhannya, maka segala tindak tanduknya adalah hasil dari bisikan Allah yang dicampakkan ke dalam hatinya itu.Salah satu dari biasan hati yang bersih yang mendapat panduan Allah adalah lidah yang mengungkapkan kebenaran.
Antara riyadah atau latihan yang sering dikemukakan oleh para ulama akhlak untuk membimbing hati kea rah ketaqwaan ialah kita hendaklah sentiasa melatihnya agar sentiasa sukakan kebaikan. Jika kita telah melakukan sesuatu perbuatan yang berupa maksiat, hati itu mestilah melalui proses mengubat dan mendidik hati semula. Kerana hakikatnya menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Huzaifah apabila melakukan maksiat, hati akan ditimpa titik hitam.Jadi ia Hati perlu dibebaskan semula dari kekotoran maksiat yang berbekas di padanya itu.
Hati yang baik dan bersih akan memberi arahan kepada anggota tubuh badan yang lain agar sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan.
Bagi mengubat dan menghidupkan hati, hendaklah jauhkan hati daripada segala racun yang boleh merosakkan dan membunuh hati secara senyap tanpa disedari.

Bagaimana hendak mengubati hati sedangkan ia tidak dapat dilihat? Hati yang sakit akan mati jika tidak diubati. Untuk mengubat hati, hendaklah sentiasa berbaik sangka sesama manusia. Orang yang berbaik sangka akan mendapat pahala kerana terang hatinya dan tidak dicemari dengan sifat yang keji. Tidak perlu bersusah payah memikirkan hal yang tidak berfaedah dan tidak pasti kebenarannya. Selain itu, buanglah segala sifat hasad dengki yang bersarang dalam hati. Hati juga akan terubat dengan mengamalkan senyuman agar yang sentiasa terpancar di wajah kita. Wajah orang yang tersenyum akan kelihatan ceria, tenang dan segar sentiasa.Dalam hadis yg sahih Nabi saw bersabda : Janganlah kamu memperlecehkan amal salih walaupun yg mampu engkau lakukan adalah bertemu dgn sahabatmu dgn wajah yg ceria. 
Di samping itu, kita juga hendaklah membuang segala sifat sombong, ujub, riyak, takabbur dan bongkak keranasifat ini bukan sahaja dibenci oleh Allah, malah seluruh manusia. Hiasilah diri dengan sifat pemaaf untuk mengelakkan persengketaan, kerana setiap manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dalam hidup. Sifat ikhlas hanya mengharapkan keredaan Allah mampu membersihkan hati kita daripada sifat mazmumah yang lain. Muslim perlu memahami bahwa sebenarnya kebaikan diri & mahmudah hanya akan dapat bertahta dalam diri selepas membuang perangai2 buruk yg dikenali sebagai mazmumah itu.

Hati juga dapat dididik ke arah kebaikan apabila kita membiasakan diri menghadiri majlis ilmu, kerana orang yang sentiasa menghadirinya akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah melalui barisan malaikat yang membanjiri majlis ilmu untuk mengampunkan dosa-dosa mereka. 

Selain itu, menurut Ibrahim al-Khawas dalam sebuah nasihatnya, penyucian hati juga akan berlaku apabila kita sentiasa berzikir mengingati Allah, membaca al-Quran dan melakukan tahajjud pada malam , bergaul dengan orang-orang yang salih dan mengamalkan puasa sunat secara istiqamah.

Beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya memiliki hati yang berunsur baik kerana dia bukan sahaja akan menjadi orang yang taat dan beriman malahan mempunyai akhlak yang mulia.Selalulah berdoa seperti yang dianjurkan oleh Nabi saw, maksudnya : Wahai Tuhanku kurniakanlah kepadaku kesucian hati..sesungguhnya Engkaulah yg menyucikan..Engkaulah Pemimpinku ... 



opinionku:
hati??? bkn mudah utk menyatakan senang bagiku utk menjaga hati. Mungkin bagi sesetengah orang senang utk menjaga hati. Tapi bagiku, hati selalu membolak-balikkan keadaan. Aku perlu bijak dalam menjaga hati. Aku perlu sinari hatiku dgn ayat-ayat Al-Quran dan zikrullah. Aku perlu menjaga hati. Aku tidak mahu nafsu bermaharajalela dalam hatiku. Aku perlu kuat utk menangani nafsuku. Aku teringat pesan salah seorang kakakku, jaga hati dan letak perasaan paling bawah sekali. Aku selalu ingt pesanan itu, dan kata2 itu aku pegang. Jika ada orang marah sekalipun, ingat Allah, zikir banyak-banyak, reda dgn apa yg diperkatakan. Aku pegang kata2 itu. Hanya dgn ayat-ayat suci Al-Quran, zikrullah, mampu buat aku kuat...
Aku perlu lawan nafsu...
Ya Allah, kuatkanlah aku menghadapi dugaan hidup yang penuh onak dan duri.

Sunday, February 28, 2010

RENUNGAN BERSAMA~!!!

Cinta Ilahi Pictures, Images and Photos

Saat kita melalui cobaan...
Kita selalu berkata...
"Tuhan itu tidak adil"
Tapi sesungguhnya
apa yang diberikan Tuhan 
itu terbaik bagi kita
hanya kita belum bisa
melihat makna adil di mata Tuhan

Aku meminta Allah 
bunga mawar yang indah...
diberiNYA batang berduri
Aku meminta Allah
kupu-kupuyang cantik...
diberiNYA ulat
Namun kini
batang berduri itu menghasilkan bunga mawar yang indah 
dan
ulat itu berubah menjadi kupu-kupu yang cantik.
Begitulah cara Tuhan mengasihi umatNya.

Senyummu itu terlalu indah...
maka tersenyumlah pada dunia
dan kau akan mendapat 
kedamaian di sana

Menangislah di saat kamu bahagia...
Tersenyumlah di saat kamu sedih...
Supaya kamu tahu apa erti kata 
"BERSYUKUR"

Tuhan menjadikan sepercik bintang 
dalam kegelapan..
dan janjiNya telah digenapi 
Bahkan tak hanya satu bintang
Sejuta bintang Ia berikan...

Malam segera berganti....
Rembulan pasti berlalu...
dan Mentari pagi segera menanti...
Itulah erti sebuah
"PENGHARAPAN"

Pengharapan 
tak pernah lelah menanti...
tak pernah letih berjalan...
tak pernah berhenti menunggu...

Janji Tuhan selalu tepat
tidak pernah terlalu cepat
dan tidak pernah 
datang terlambat...

Saat ku akan melompat jurang
aku takut terjatuh...
tapi Tuhan berkata...
"melompatlah sebab 
tanganKu akan menjadi jambatan bagimu"

Aku tidak akan lelah berlari...
sekalipun harus melewati
bukit dan lembah yang terjal
sebab Kau disana menantiku
dengan 
senyuman dan airmata cinta

Tuhan tak selalu mendengar
jeritanku...
Tuhan juga tak selalu menjawab
setiap untaian doaku...
Namun ku yakin IA turut bekerja
tuk mendatangkan
 kebaikan bagiku.

Aku hanya menanam
semak belukar di tanah
tandus dan gersang...
tapi ternyata yang tumbuh
bunga teratai yang indah...
Itulah buah dari kesabaran..

menyusuri jalan setapak...
berselimutkan kabut tebal...
nampak keremangan, udara dingin menusuk kulit
adakah lentera di beranda
rumahku sudah bernyala
(Penantian dalam sebuah pengharapan) 

Cinta kasih bagai
sumber mata air yang mengalir
di danau kedamaian hati
dan berakhir
di telaga kebahagiaan...

AKU INGIN MENCINTAIMU, YA ALLAH...
AKU INGIN MERINDUIMU, YA ALLAH...
AKU INGIN MENYAYANGIMU, YA ALLAH...
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR...



Saturday, February 27, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL~!!!










Untukmu Rasulullah
www.iLuvislam.com
Penulis: hudaukhwah
Editor: b_b





Sayu hatiku mengungkap rindu, 
Kepada insan kekasihku, 
Teringinku mendakap wajahmu, 
Wajah yang bercahaya, 
Mengalahkan sang suria. 
Ya Rasulullah, 
Cair qalbuku, 
Sebak qalbuku, 
Melihat dirimu, 
Sinar akhlakmu, 
Indah peribadimu, 
Kata-katamu, 
Indah menusuk qalbuku... 
Ya Mustofa, 
Resah hatiku, 
Pilu hatiku, 
Melihat dirimu, 
Disisih ummatmu, 
Tidak pernah mereka sedar, 
Pahit, pedih yang kau hadapi, 
Tika Jibrail datang bertemu, 
Membawa wahyu dari Ilahi, 
Pasti basah peluh di dahi, 
Menahan beratnya amanah ini... 
Ya Rasulullah, 
Cintanya dirimu kepada ummatmu, 
Saat Izrail menarik nyawamu, 
Menahan pedih nyawa ditarik, 
Tika nyawa dihujung kerongkongmu, 
Kalimah 'UMMATI!' terpatri dibibirmu, 
Tanda kasih pada ummatmu... 
Berakhirlah hidup seorang insan, 
Berakhirlah ujian, 
Berakhirlah keperitan, 
Tubuh muliamu terbujur kaku, 
Terkulai layu di pangkuan isterimu yang dicintai, 
Tangisan sahabat mula bergema, 
Merantapi pemergianmu, 
Susah untuk menerima, 
Pemergian seorang insan, 
Insan bernama Muhammad, 
Telah pergi buat selamanya, 
Bergembiralah engkau Ya Rasulullah, 
Bertemu habib yang kau cintai, 
Bergembiralah engkau Ya Muallim, 
Berumahkan istana di taman syurga... 
Ya Rasulullah, 
Tidak tahan hati ini, 
Rinduku padamu kini menguasai, 
Butir mutiara membasahi pipi, 
Hatiku meronta ke sana sini, 
Sudah letih ku menunggu lagi, 
Meraut ketenangan diwajahmu... 
Ya Habibi, 
Syafaatkanlah diri ini, 
Agar tenang bersemadi di sini, 
Moga bertemu di taman Ilahi, 
Di taman Syurga Firdausi... 









p/s: sama2 kita renungkan puisi ini...
Selawat dan Salam hadiah dariku, buatmu cintaku, UNTUKMU, YA RASULULLAH.......

Sunday, February 21, 2010

LUAHAN PERASAAN~TULUS IKHLAS DARI HATI!!!

Alhamdulillah, berakhirnya examinationku utk sem 2 di cfs iium pj. Alhamdulillah. Bercakap tntg paper exam??? PAPER EXAM, dah nama paper final exam, ada yg susah dan yg senang. Takut laa jgk bila dipikirkan semula, paper exam 2 susah, tapi, aku dah melaluinya dan aku telah mencuba yang terbaik, aku tawakkal kepada Allah. Sekarang aku gembira kerana dah melalui saat-saat getir, exam. Kadang2 aku terpikir walaupun kita redha dgn result yg kita perolehi, tp tetap ada yg mempersalahkan kita, ckp kita x usaha sungguh2. Padahal, itulah usaha yg mampu kita buat. Walaupun org lain pndang hina, aku tetap ingat bahawa, jika Allah redha dengan result kita, kenapa kita tidak?aku bersyukur kerana sekarang aku boleh berpikir, maklumlah usia dah meningkat dewasa. Tentang result, pointer, aku tawakkal kepada Allah. Berilah 100% keyakinan kepada Allah. 

SEMESTER 2, 09/10...
pengalaman yg cukup berharga aku dapat..
pelbagai pengalaman, pengajaran aku dapat...
ini semua kerana Allah...
aku gembira kerana, alhamdulillah, aku semakin baik dari dulu,,,,
aku perlu kuat dari segi fizikal, mental dan hati..
apa yg paling aku gembira sekali..
"UKHUWWAH" @ "PERSAHABATAN"
alhamdulillah, di sini, aku dapat kenal dgn ramai kawan..
Paling gembira, persahabatan kami, x lihat pada umur dan ilmu yg ada pd setiap kami...
dapat kenal akak2 dari DARUL QURAN..
kak farah, kak ada, kak syakirah, kak hajar, kak sarah dan ramai lagi...
hepi sangat,,,
walaupun aku seorg yg x der ilmu yg bnyak, kakak2 suma sudi brsahabat denganku..
itulah ukhuwwah fillah..
terima kasih sahabat..
tuk sahabat2 ku yang lain..
kalian tetap sahabatku,,,
walaupun kita jarang ketemu,
walaupun kita jarang berhubung,
aku tetap sahabat kalian..
aku tetap mendoakan kalian...
agar menjadi insan yang berguna...
aku harap kalian jangan sesekali melupakan persahabatan ini...
aku rindu sama kalian suma~!!!x terucap kata2 untuk menyatakan cinta ku terhadap kalian..
[opppsss~!!!cinta x semestinya pada LELAKI, cinta pada sahabat perempuan...]

  teman2 ku...rindu sama kalian~!!!

teman2...aku rindu pada kalian..
geng octavo..
semoga berjaya di dunia dan akhirat...

jumpa kalian di sem 3..
muaahhh~!!!!

miss u all my frenz...

roomates??? qlah tetap syg korang...
walaupun kite x sbilik sem dpn..
thankz sbb sudi jdk rumetes...
love you all...

syukran kerana dapat kenal kalian suma..
kak zati, thankz bnyak2..

MADANA???

alhamdulillah..
dapat kenal kak wan, kak aina, kak yana, kak kak ashraff,,
hepi3...

kembar x kami???
hahahaha

alhamdulillah..aku gembira sgt....
dan sekarang perasaan ku..
nak balik umah..
rindu sama family...
nak balik..
^_^....





Thursday, February 18, 2010

SaJaK~AKU PERLUKAN KEKUATAN!!!


AkPerlukan Kekuatan
Syed Al-Yahya
Editor : arisHa27

Ya Allahu Ya Aziz, 
Aku hambamu yang lemah, 
Hati ini memerlukan kekuatan
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup, 
Yang sukar dibatasi, 
Kerna kemodenan arus duniawi, 
Yang semakin hapus kearah ukhrawi


Ya Allahu Ya Malik, 
Pohon ku di dunia ini, 
Kuatkan semangat hambamu yang beriman, 
Dalam mengatur langkah di dunia ini, 
Agar mereka menjadi contoh, 
Teladan kepada setiap insan
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu. 


Ya Allahu Ya Qahhar, 
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini, 
Teguhkanlah iman mereka, 
Agar mereka terus menerus memujiMu, 
Izinkan mereka mendapat hidayahMu, 
Sebenar-benar hidayah. 
Penuhilah hati para muslim, 
Dengan limpahan hidayah mu yang agung
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah. 


Ya Allahu Ya Hafiz, 
Peliharalah hati kami ini
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat, 
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia, 
Limpahilah hati kami dengan iman, 
Peliharalah kami dari kesesatan dunia
Yang dipenuhi segala mara bahaya. 


Ya Allahu Ya Mujib, 
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini, 
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu, 
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu. Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMuLembutkan lidah kami untuk memujiMuIndahkanlah mata kami melihat ciptaanMuManiskan mulut kami ketika menikmati rezekiMuGagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMuMerdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMuSinarilah kehidupan kami dengan nur iman MuBersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.
Berilah kekuatan untuk hambaMu ini, 
Untuk meneruskan perjuangan ini, 
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.


sajak yang menyentuh hati~!!!
sajak yg dihasilkan betul-betul menusuk kalbu,
membuatkan kita terpikir semula,
pernahkah kita meminta kekuatan???
adakah kita betul2 menjadi hambaNya.
di kala kita kesusahan, kita pinta bantuan dari Allah..
di kala senang???adakah kita bersyukur dgn nikmat yg diberi???
aku
manusia alpa, leka dan lemah
aku kadang2 terleka..
kadang2 aku alpa
kadang2 aku lemah..
gara-gara termkn nafsu dunia..
Ya allah ampunilah dosa hambaMu ini.
aku ingin menjadi hambaMu
yang berpegang pd 
AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR

maafkan ku teman..
bawalah aku menuju keredhaan Allah
aku tidak ingin menjadi manusia hipokrit
[nasihat orang, tapi diri sendiri x nasihat???aku tidak ingin seperti itu]
aku bkn manusia yg sempurna
aku tidak ada apa2 yg istimewa yg dpt membahagiakan kalian
aku manusia biasa
seperti kalian juga
tp terimalah seadanya aku di sisi kalian
[bertemu dan berpisah kerana Allah]

posted: 11.06pm
exam chemistry dah selesai..tnggal 1 paper je lgk...MATHS 1...i'll try my best~!!!A+ for maths, insyaAllah. 

Tuesday, February 16, 2010

CinTa~!!!LoVe~!!!



CINTA...!
Diluluskan pada Khamis, 24 November 2005 @ 8:50:11 oleh istisafa
Umum

khalida menulis ""Mama, salahkah jika saya menyintainya?"
saya terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. saya sedar puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh kubuat kini dia telah jatuh cinta!


Apakah yang bakal kubualkan kepadanya tentang cinta. saya mencongak kata-kata yang bakal kususun, agar dia tidak akan lari dari saya. saya bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika saya gagal. saya akan kehilanggannya buat selama-lamanya…


Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta?
Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita? Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan
juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gejolak rindu ketika dselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.


Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif:


1. Mencintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya:
Cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.


2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah: "Dan diantara
manusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang - orang fasik." (Al Baqarah: Ayat 165)


3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihat
wanita atau kita (wanita) melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan
perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kita
merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan
perkara-perkara yang dilarang.


Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita? Mana mampu kita menolak datangnya cinta, kerana cinta itu datang tanpa diundang, umpama pencuri, cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung. Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya
mengikut kehendak syariat. Perasaan 'cinta suci remaja' memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitam memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah.


Memang adab bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang-kadang cuba 'menghalalkan'nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini. Di sisi Allah ianya adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah
neraka.


Apakah kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunnah Ibni Majah: "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."


Apa?, Nikah?,!! Tidak mungkin.......sekolah saja belum habis, bagaimana nak bernikah???


Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita, Allah azza wa
jalla: "Janganlah kamu menghampiri zina....." Al Isra':Ayat 32


"Ah terlalu ekstrim, takkanlah jika kita bercinta boleh dianggap
mendekati zina...." tapi bukankah kita sudah pernah mendengar sabda Rasulullah: "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita... Tidak lah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya Syaitan....."(hari. Tabrani) "Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juda berzina dan zinanya adalah ciuman" (hari. Muslim dan Abu Daud)


Anakku, kamu adalah seorang remaja muslim yang baik tidak akan
berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya.
Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mengahwininya, kerana boleh menasihatinya, kerana sedang mencari-cari perlindungan dan rakan diskusi intelek, kerana sering menghadiri program mahasiswa bersama dalam satu kereta, kerana menemani kakak yang sedang bercinta...


Jadi mama, apakah penyelesaiannya?


Bagi anakku yang sudah terjatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat, Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini.


Jagalah batas-batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar Dia pertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu, dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apalah jodoh mu ada insya-allah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.


Pun begitu perhatikanlah juga perkara - perkara di bawah agar hatimu tidak mudah menjadi rawan:
- Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu.
- Ataupun janganlah merenung kaum berlawan jenis (surah An-Nur:30-31)
- Hindari berduaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan).
- Janganlah berwewenangan berinteraksi dengan yang bukan mahram.
- Hindari menonton filem-filem cinta yang mengasyikkan dan filem seks yang mengghairahkan nafsu.
- Hindari bacaan-bacaan/novel-novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.
- Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.
- Sibukkan dengan mengaji dan berzikir.Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik, kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada 'cinta' ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.


Apabila kita telh mempunyai "teman akrab", cukuplah kiranya kita
fahami firman Allah; "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata:'Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia." (Surah Al Furqan:Ayat 27-29).


Maka janganlah kita menyesal di kemudian hari, kerana terlanjur mangambil seorang "teman akrab" yang kononnya menyintai kita.
Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu dendam. Ingatlah firman Allah, "Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhanNYA dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya." Surah An Naziat :Ayat 40-41).


Bernikah lah sahaja jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.


Aduhai mama, Susahnya!


Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam hadith, Rasulullah juga bersabda bahawa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia, tapi dibenci oleh Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.


Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini. Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba hingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia."


Siapakah yang dapat menolong kita di akhirat nanti? Kekasih-kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. Insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah didunia ini dan syurga di akhirat nanti.


Insya-Allah..Amin.







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

\'',/ - opinion, pandangan dan kefahaman ku:
sejak akhir-akhir ini..remaja???makin bermasalah. dgn meniru gaya Barat yg terlmpau....di mana agama mereka???MasyaAllah, aku malu pemuda pemudi Islam skrg. di mana maruah mereka??sanggup mereka memalukan Islam?sanggup mereka menjatuhkan Islam??berzina pd 14 februari di hotel murahan???zina sana sini???buang bayi, yg specialnya, bibakar bayi 2??GEJALA SOSIAL SANA SINI???tahu kah mereka??14 februari??slama nie aku x pernah amik taw apa hari 14 feb, aku btol2 x amik taw,,,aku prnh dgr org sebut 14 feb,,tp aku x taw 2 ari ape..smsa di form 5, bru aku taw, tue adalah VALENTINE'S DAY. kunonya aku.  skrg baru aku mengerti, dunia skrg mengembalikan smula zmn jahiliah..Mampukah kita menjawab di depan Mungkar dan Nakir nnti?? sesetengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang, cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjangkan, bila tamat, diulang..dan diulang..diulang kembali...itulah sejarah. Semoga kita akan sedar, insaf..muhasabah diri itulah yg utama, xkan kita nak lihat Islam jatuh di tangan kafir???bangunlah wahai pemuda pemudi Islam...sama2 kita berjuang fisabilillah. Aku bkn nya kuat, aku lemah, tp aku masih ada niat, aku masih ada cita2 untuk memperjuangkan Islam. Jikalau aku diminta berperang pd jalan Allah, aku akan pergi kerana aku tahu, mati syahid pd Jalan Allah itu amat mulia. Aku bnyak melakukan dosa kecil, yg disengajakan atau tidak disengajakan,..aku tidak sedar. Taubatlah yg mampu kupinta drMu, ya Allah!Aku pling benci bila diminta komen tntg usaha mengawal pembuangan bayi, slh seorg dr masyarakat kita ckp tmpal poster buang bayi kat tmpt maksiat, btol tp apakah ini dpt mngurangkan kes zina???apa guna???mana Agama Islam??mana ajaran Islam??muhasabah diri yg PALING UTAMA, LA TAKRABU ZINA???SEJAUH MANE UMAT ISLAM MNGHAYATI AYAT INI??? CINTA ITU BUTA~!!! MEMANG BENAR!!! tp jika kita kawal nafsu, pegang pd agama, hal ini x terjadi bukan??? Ya Allah, aku sedih melihat pemuda pemudi skrg. Bangkitlah pemuda pemudi Islam...shift our paradigm. 


luahan hatiku...
aku bleh menulis, tp aku x bjak dlm berkata2..bila diminta pndgn aku senyap..akku tdk dpt luahkan ape yg aku rasa. aku tdk tahu mengapa, aku akan takut bila berdiri di khalayak ramai. di sini menunjukkan imanku lemah, tp akan kucuba tingkatkan imanku. Hanya di blog ini aku dpt mencurahkan ape yg aku rase, pkir dan berbicara. 
Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini.
  

Saturday, February 13, 2010

Alhamdulillah~!!!

Alhamdulillah...
alhamdulillah...
alhamdulillah....
bersyukur kerana masih dpt hidup dlm nikmat iman...
semester 2 akan menutup tirai...
smpt lgk aku post tuk kali nie...
aku dah x sbr nak pulang rumah...
rindu pd family...hmmm,, dah bpe bln x blik...
pape pun, aku di sini berjuang demi mendpt ilmu...
SEMESTER 2:
HARI TERAKHIR BERSAMA SIR AZWAN DAN CLASSMATES MATH~!!!
SLAMAT BERJUANG TUK EXAM MATHS NNTI YER!!!



KENANGAN BERSAMA SIR CHEM, SIR HASWANEEZAL DI LAB...
EXAM CHEM PON DAH X LAME///,,,,
HUHUHU...

Alhamdulillah...
semuanya berjln lancar...
bnyak perkara yg berlaku dlm sem 2 ni yg aku lalui..
kehidupan mengajar erti kesabaran, ketabahan dan keteguhan.
antaranya...
-terpksa menguruskan bnyak program...
-menerima tnggungjwb yg sgt berat...apakan daya, aku akan cuba yg terbaik~!!!
Seperti firman Allah:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."surah Al-Baqarah ayat 286....
sirru ala' barokatillah...
aku dpt bnyak pengalaman dr apa yg semua aku lalui tp kekok lgk kot...mklumlah slama nie x pnh jdk pape kpda jdk pape. Cthnya, dr plajar skolah kpda pelajar ASASI.


family???alhamdulillah aku lahir dlm keluarga yg menitikberatkan agama. Walaupun parents bkn ustaz atau ustzh, alhamdulillah, aku menerima didikan dan asuhan agama. Aku kesal bila tgk family yg...cmne nak ckp yer...
parents tutup aurat, tp ble tgk anak,??? salah siapakah dlm hal ini???aku bersyukur sgt dpt mama dgn abah. Lps shja abez UPSR, mama dgn abah hantar aku ke skolah agama tuk timba ilmu agama. Abah pernah ckp, Abah nk Along ada ilmu agama, nnti ble dh besar, taw ape yg halal, haram, hak dan batil..taw membezakan baik dan buruk..
alhamdulillah aku dpt pengajaran berada di maahad...

di Maahad aku mula mengerti hidup yg semakin mencecah remaja,,,!!pelbagai ragam. maklumlah skolah perempuan...
tp aku masih aku. istilah "kapel"???baru ku phm ketika form 4...hmmm, mklumlah aku ni mmg x pnh mencemari pkiran ku dgn bnda2 mcm nie...bkn nak puji diri, tp dah mmg mcm 2. aku paling benci dgn istilah "kapel" 2. Bagiku, istilah 2, zaman nabi x buat, tp zmn ni???Astaghfirullah. hanya hubungan yg sah antara lelaki dan perempuan ialah atas dasar PERKAHWINAN. aku pgg dasar 2 smpai skrg~!!!
Abah pesan: "bljar btul2 Along, xyah pkir bnda2 lain."
aku pgg btol2 psnan 2..aku nak bercinta??? mustahil x berlaku..
tp aku ttp pgg pd dasar aku, aku xkan bercinta.
"KAPEL 2 HARAM, JDK WAT PE NAK IKUT???"
lgpun, aku nak berkawan dgn lelaki nie susah sgt...selagi kita ada kwn perempuan, berhubung lah dgn mereka, tak perlu mencari kawan berlainan jantina kecuali apabila perlu shja.

mklumlah, di skolah, hnya ada ustaz..tp ble dtg sni..
terpksa membiasakan diri utk hidup di kalangan kaum muslimin. cultural shock sketika...nak wat cmne, xder U tuk perempuan.

pelajaran???Alhamdulillah. Aku bersyukur dpt msuk pusat asasi UIA, di mana aku dpt mempelajari ilmu sains, di smping menghadiri talk2 yg sgt bnyak, tuk tmbah ilmu agama. Dulu tyme kat skolah, blajar je, x praktik btol2, skrg nak menyesal pun x guna. tp aku x putus asa~!! slagi aku mampu dgn tulang 4 kerat nie bergerak, akan ku cari ilmu tuk masa dpn. Tyme lps dpt result spm, bersyukur dpt result yg baik, tp ble nak wat kputusan nak msuk U??? oh, no!!! jwpnnya, solat istikarah...aku terpksa membuat pilihan yg agak berat, ke matrik atau CFS IIUM atau UTP~!!! Allah dah tnjukkan aku jln yg aku pilih skrg. Abah pun buat istikarah utk ku...Alhamdulillah, Allah menunjukkan jln bg hambaNya. Di mana aku belajar??? CFS IIUM. Alhamdulillah...



p/s: ini hanya luahan hati di pagi2 yg indah ini, ditemani suara burung gagak, berkicau-kicauan memuji Allah. Subhanallah...






LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...